Isnin, Ogos 31, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 3)

Fail Sistem Dalam Ubuntu



Sistem pengoperasian Ubuntu 9.04 mengandungi beberapa direktori/folder. Ianya dimulai dengan forward slash “/ “ yang diistilahkan atau dipanggil sebagai “root”, daripada sana akan tersenarai folder lainnya sepertimana dibawah;
  • /bin = Mengandungi program asas untuk Linux seperti cp, ls, mkdir dan sebagainya. Fail-fail yang terdapat dalam folder /bin inilah juga menjalankan sistem Ubuntu.
  • /boot = Mengandungi fail yang bersanggkutan bagi boot/menghidupkan komputer. Padanyalah juga tersimpan data Kernal dan Grub.
  • /cdrom = Merupakan device/peranti CD yang ada terpasang pada komputer.
  • /dev = Mengandungi fail-fail untuk berinteraksi dengan perkakasan komputer.
  • /etc = Menyimpan data setting mahupun konfigurasi untuk administrator komputer.
  • /home = Tersimpanya folder pengguna mengikut username yang digunakan dan padanya menyimpan data/fail-fail pengguna berkenaan.
  • /lib = Mengandungi fail-fail sokongan (software library) yang diperlukan aplikasi yang ada dalam Ubuntu.
  • /lost+found = Berfungsi sebagai backup data apabila sistem mati tiba-tiba.
  • /media = Mengandungi sub-folder device/peranti yang di mount, seperti removeable disk ataupun thumb drive atau seumpamanya. Folder untuk capaian kepada disk yang di mount.
  • /opt = Mengandungi perisian yang dipasang tidak menggunakan package manager.
  • /proc = Fail sistem maya (Virtual) yang wujud dalam RAM. Selain itu, mengandungi maklumat Kernal.
  • /root = Folder untuk pengguna root yang juga diistilahkan Super User.
  • /sbin = Sofwer yang digunakan oleh Super User (Root User) bagi penyelangaraan sistem.
  • /srv = Menyimpan data service.
  • /sys = Mengandungi driver sistem fail yang tersimpan dalam RAM
  • /usr = Mengandungi perisian yang dipasang menggunakan package manager.
  • /tmp = Menyimpan fail/folder secara sementara yang diperlukan oleh aplikasi tertentu.
  • /var = Mengandungi spooling variable seperti mail dan juga out put printer.
Pengguna Ubuntu hanya dibenarkan bekerja dalam folder home mereka dengan tanpa memerlukan kebenaran/permission (penggunaan password) samada untuk mengubah atau memadam/delete fail yang tersimpan dalamnya. Selain daripada folder home, kebenaran sebagai "Super User" adalah dikehendaki dan diperlukan. Walaupun kebiasaanya kerja-kerja yang melibatkan sebagai Super User sering dilakukan melalui terminal, tetapi ada kalanya juga ketika berada dalam ruang desktop Ubuntu, contohnya ketika melaksanakan pengemaskinian/update sistem ubuntu melalui Update Manager atau seumpamanya.

Sabtu, Ogos 29, 2009

Aplikasi Encryption Untuk Ubuntu

Apadia encryption? Secara ringkas, ianya merupakan proses atau kaedah menukar/mengubah data menjadi satu kod yang menyebabkannya sukar/tidak boleh dibaca tanpa kunci pembuka. Kunci pembuka ini diistilahkan sebagai decryption. Encryption merupakan cara mudah dan murah untuk melindungi data dan fail dengan selamat.

Contoh kandungan data yang di encrypt; Jika teks yang ditaipkan dalam sesebuah dokumen itu “This is a test” (diistilahkan plaintext) apabila ianya di encrypt akan menjadi seperti “4mQR+zDmbo0++U9UFbB3L” (diistilahkan ciphertext). Jika seseorang cuba membuka ataupun mencuri data berkenaan, pasti ianya tidak memberikan apa-apa makna kepadanya.

Walaupun dalam Ubuntu mempunyai atau menyediakan kelebihan encryption keatas data/fail, pengguna juga boleh menggunakan sofwer alternatif lain untuk tujuan tersebut.

Terdapat banyak perisian encryption yang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma; dengannya membolehkan membuat encryption samada untuk sesebuah data/fail, folder mahupun hard disk, juga media/cakera mudah alih seperti external hard disk, CD / DVD, dan thumb drive.

Antara aplikasi yang boleh digunakan dalam Ubuntu adalah CryptKeeper atau TrueCrypt. Antara kedua aplikasi berkenaan, yang mudah untuk digunakan adalah CryptKeeper, tetapi untuk lebih advance lagi biskita bolehlah menggunakan TrueCrypt.

Untuk menggunakan dan memasang aplikasi berkenaan, sila sila layari website CryptKeeper di http://tom.noflag.org.uk/cryptkeeper.html atau TrueCrypt di http://www.truecrypt.org/

Khamis, Ogos 27, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 2)

Folder Home & Penamaan Fail/Folder

Dalam sistem Ubuntu 9.04, setiap pengguna akan disediakan folder khusus untuknya iaitu mengikut username yang digunakan. Pada folder tersebutlah data mahupun kerja-kerjanya disimpan. Contohnya jika pengguna tersebut menggunakan nama user1 maka sistem Ubuntu akan menyediakan folder /home/user1 untuknya, folder ini biasanya dipanggil secara ringkasnya sebagai home folder sahaja. Dalam folder /home/user1 inilah juga terdapatnya folder Documents, Music, Pictures dan Videos yang secara automatiknya juga disediakan oleh sistem Ubuntu.

Pengguna Ubuntu diberi kebebasan menggunakan folder home mereka tanpa memerlukan kebenaran/permission mahupun penggunaan password bagi mengaksesnya. Selain daripada folder home, pengguna dikehendaki memasukkan password bagi membolehkannya bekerja ataupun memasukinya. Keadaan ini nampak macam menyusahkan tetapi dengan sebab ada pengawalan inilah mengapa sistem Linux sukar dikuasai virus.

Bekerja yang melibatkan fail dan juga folder sering berkaitan dengan penamaan fail/folder. Oleh itu, Ubuntu memberi kebebasan kepada pengguna untuk memberikan nama fail/folder dengan menggunakan apa jua huruf, angka dan simbol, kecuali forward slash (/) adalah tidak dibenarkan. Selain itu, menggunakan . pada awal nama fail/folder (contoh .letter.odt) akan menjadikannya sebagai fail/folder tersembunyi (hidden file/folder).

Untuk perhatian, nama fail dan folder dalam sistem Ubuntu adalah case sensitive. Sebagai contoh fail-fail yang dinamakan letter.odt, Letter.odt, LETTER.odt, letTER.odt adalah tidak sama antara satu dengan yang lainnya. Walupun pada ejaan dan bunyi perkataan adalah sama tetapi ianya terbeza atas penggunaan huruf besar/kecil (upper/lowercase letter) pada fail-fail tersebut. Oleh itu pengguna perlu berhati-hati dalam memberikan nama bagi fail/folder mereka. Sebaiknya adalah dicadangkan agar pengguna membiasakan untuk menggunakan huruf kecil (lowercase letter) bagi nama-nama fail/folder, ini akan membantu dan mengelak berlakunya kekeliruan insya Allah.

Isnin, Ogos 24, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 1)

Pengurusan fail mahupun direktori/folder pada Ubuntu adalah berbeza dengan MS Windows. Pada Ubuntu tidak ada istilah atau penggunaan drive letter (c:\, d:\, e:\ atau seumpamanya), apa yang digunakan adalah forward slash (/) bagi menandakan kita sedang berada pada root system. Keadaan ini jika pada MS Windows bolehlah disamakan seperti c:\.

Jikalau dalam MS Windows biskita biasa dengan c:\Documents dan c:\Documents and Settings\Owner\My Documents, pada Ubuntu pula adalah /home/Owner/Documents. Pada peringkat awal keadaan seumpama ini mungkin agak janggal dan susah tetapi insya Allah setiap pengguna Ubuntu akan terbiasa dengannya nanti.

Persoalannya sekarang, jika Ubuntu tidak menggunakan drive letter maka macamana halnya untuk bekerja ataupun menggunakan CD/DVD Rom mahupun USB Memory Stick?

Pada Ubuntu setiap media/device samada CD Rom ataupun USB Memory Stick akan di "Mount" secara automatik apabila ianya digunakan dan akan di "Unmount" apabila tidak menggunakannya lagi.

Sistem Ubuntu akan menayangkan setiap media yang digunakan sebagai folder, contohnya /media/cdrom0 (untuk cd rom drive) atau /media/disk (untuk USB Memory Stick). Selain itu setiap media yang telah di mount, shortcut ikon bagi media berkenaan akan diletakkan pada desktop Ubuntu. Biskita boleh bekerja dengannya samada dengan double-click ikon media berkenaan ataupun melalui Nautilus (File Browser pada Ubuntu) bagi memasuki media berkenaan.


Contoh paparan CD-Rom yang di mount dalam Nautilus.


Contoh Shortcut Icon pada desktop bagi CD-Rom dan juga USB Memory Stick yang di mount.

Ahad, Ogos 23, 2009

Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Sepertimana yang dijanjikan oleh pembangun Ubuntu, bahawa setiap enam bulan sekali mereka akan mengeluarkan versi terbaharu. Insya Allah pada bulan Oktober 2009 akan datang Ubuntu Versi 9.10 dengan Code Name: Karmic Koala akan dilancarkan. Dibawah adalah jadual gerakan pelancaran Ubuntu 9.10:
  • May 14th, 2009 - Alpha 1 release
  • June 11th, 2009 - Alpha 2 release
  • July 23th, 2009 - Alpha 3 release
  • August 13th, 2009 - Alpha 4 release
  • September 3rd, 2009 - Alpha 5 release
  • September 17th, 2009 - Alpha 6 release
  • October 1st, 2009 - Beta release
  • October 22nd, 2009 - Release Candidate
  • October 29th, 2009 - Final release of Ubuntu 9.10
Untuk mengetahui keistemewan dan kelebihan yang ada pada Ubuntu Karmic Koala, sila baca artikel dibawah (Review oleh SOFTPEDIA)

Sabtu, Ogos 22, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Alhamdulillah hari ini telah bermulanya puasa Ramadhan
di Negara Brunei Darussalam.



Dikesempatan bulan yang pernuh keberkahan ini,
Ubuntu Brunei mengucapkan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.


Sumbar imej diperoleh daripada SeniNet

Ubuntu Linux Bukannya MS Windows

Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011

Jumaat, Ogos 21, 2009

Malicious Commands

Berhati-hati dan berwaspada serta jangan sesekali mencuba mahupun menggunakan arahan Unix/Linux yang biskita tidak mengetahui tujuannya. Kerana terdapat beberapa arahan yang bolah mengakibatkan kerosakkan bukan sahaja pada sistem Ubuntu malahan juga data dan kerja-kerja yang tersimpan dalam hard disk dipadam ataupun seumpamanya.

Antara contoh arahan yang berbahaya untuk dilaksanakan dalam terminal adalah seperti berikut:

Arahan dibawah ini selain memadam fail juga akan memadam direktori.
sudo rm -rf / (Akan memadam kesemua fail dalam sistem biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo rm -rf . (Akan memadam direktori yang sedang biskita berada/bekerja dalamnya) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo rm -rf * (Akan memadam kesemua fail dalam direktori yang biskita sedang berada/bekerja dalamnya) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

rm -rf * or rm -rf *.* (Akan memadam kesemua fail dalam direktori yang biskita sedang berada/bekerja dalamnya) - Tidak memerlukan administrator rights untuk ianya dilaksanakan.

rm -rf ~ / & (Akan memadam direktori home biskita) - Tidak memerlukan administrator rights untuk ianya dilaksanakan.

Arahan dibawah akan menyebabkan hard disk di format.
sudo mkfs (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.ext3 (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.bfs (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.cramfs (Akan menformat hard drive biskita) - Tidak memerlukan administrator rights untuk ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.ext2 (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.minix (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.msdos (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.reiserfs (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo mkfs.vfat (Akan menformat hard drive biskita) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

Penggunaan arahan dd, adalah merbahaya jika tidak mengetahui akan fungsinya.
sudo dd if=/dev/zero of=/dev/sda (Merbahaya! ianya akan mengosongkan keseluruhan primary IDE hard drive) - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo dd if=/dev/hda of=/dev/sdb - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

sudo dd if=something of=/dev/sda - Administrator rights diperlukan sebelum ianya dilaksanakan.

Untuk mengetahui lagi jenis-jenis arahan yang merbahaya sila rujuk http://ubuntuforums.org/announcement.php?a=54

Rabu, Ogos 19, 2009

Unix/Linux Command Reference

Bekerja melalui terminal dengan menggunakan/menaipkan arahan, diperakui bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bagi pengguna baru Ubuntu. Arahan-arahan Linux kelihatan rumit, pelik dan sukar untuk diingati. Ianya seumpama satu formula matematik dan berubah-ubah mengikut keadaan. Tetapi sebetulnya arahan-arahan tersebut tidaklah memerlukan untuk kita menghafalnya. Insya Allah lama-kelamaan bila sudah terbiasa secara spontan kita pasti akan dapat mengingatinya.

Antara keseronokkan yang perlu dirasai oleh pengguna Ubuntu adalah menggunakan arahan dalam terminal. Dengan menggunakan arahan Linux di terminal, seolah-olah kita berkomunikasi/bercakap dengan komputer, juga seolah-olah beraksi sebagai programmer ;) Tetapi dalam keseronokkan perlu sentiasa berhati-hati, jika tersilap menggunakan arahan boleh mengakibatkan kerosakkan pada sistem Ubuntu.

Susah atau senangnya bekerja melalui terminal, setiap pengguna Ubuntu perlu dan mesti mempelajarinya. Terminal adalah alatan yang paling berkuasa dalam mana-mana sistem Linux.



Disini dikongsikan rujukan senarai arahan Linux yang biasa dan sering digunakan. Sumbar asal diperolehi daripada Fosswire.com. Sila download fail CommandRef-Linux.pdf di http://www.ziddu.com/download/6100568/CommandRef-Linux.pdf.html.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Penggunaan CD Ubuntu Alternate

Kadangkala berlaku kekeliruan penggunaan Live CD Ubuntu dalam pemasangannya pada komputer yang mempunyai konfigurasi rendah. Untuk jenis komputer tersebut, biskita hendaklah menggunakan CD Ubuntu Alternate.

CD Ubuntu Alternate adalah direka khusus untuk digunakan pada komputer yang tidak boleh menjalankan instalasi menggunakan Graphical Desktop Based atas sebab tidak memenuhi keperluan konfigurasi minima Ubuntu. Walaupun begitu CD Alternate adalah boleh digunakan pada komputer yang konfigurasinya memenuhi kehendak dan keperluan yang dicadangkan (Recommended) oleh Ubuntu. Sila rujuk di https://help.ubuntu.com/community/Installation/SystemRequirements#Desktop installation untuk keterangan lanjut mengenai dengan keperluan konfigurasi komputer bagi pemasangan Ubuntu.

Untuk memuat turun fail iso Ubuntu 9.04 Alternate sila layari http://www.ubuntu.com/getubuntu/downloadmirrors. Selain itu, biskita juga boleh menghubungi ubuntubrunei(at)linuxmail(dot)org bagi mendapatkan CD Ubuntu 9.04 Alternate atau Xubuntu 9.04 Alternate mahupun Kubuntu 9.04 Alternate.

Khamis, Ogos 13, 2009

Wallpaper Tray

Wallpaper Tray adalah antara aplikasi untuk pengurusan gambar/imej Wallpaper pada desktop Ubuntu. Sepertimana Desktop Drapes, Wallpaper Tray juga membolehkan Wallpaper pada desktop Ubuntu ditukar ganti secara automatik mengikut masa dan jenis imej yang ditentukan oleh pengguna. Untuk memasangnya adalah seperti berikut;

1. Buka Synaptic Package Manager (System > Administration > Synaptic Package Manager).

2. Pada kotak "Quick Search" taipkan wallpaper-tray. Tik Checkbox yang ada pada wallpaper-tray, apabila terpapar context menu pilih mark for installation (seperti gambar bawah).



3. Klik butang Apply (seperti gambar bawah). Setelah selesai Ubuntu memasangnya ke dalam komputer, tutup tetingkap Synaptic Package Manager.



4. Untuk menggunakan/mengaktifkan Wallpaper Tray; Right clik panel samada panel disebelah atas ataupun bawah, apabila terpapar context menu, pilih Add to panel (seperti gambar bawah).



5. Tetingkap Add to panel akan dipaparkan, pilih Wallpaper Tray dan klik butang Add (seperti gambar bawah). Satu ikon short cut akan diletakkan pada panel.



6. Bagi menkonfigurasi Wallpaper Tray, right click ikon Wallpaper Tray dan pilih Preferences (seperti gambar bawah).



Untuk keterangan lanjut mengenai Wallpaper Tray sila layari https://help.ubuntu.com/community/WallpaperTray

Rabu, Ogos 12, 2009

Anti-Virus Untuk Ubuntu

Seringkali dipertanyakan oleh rakan-rakan pengguna Windows yang baru berpindah/menggunakan Ubuntu mengenai dengan perlindungan sistem Ubuntu dari serangan Virus. Saya perakui yang keraguan kepada kekebalan Ubuntu daripada serangan virus terutama pengguna baru tidak dinafikan dan setiap pengguna ada alasannya tersendiri.

Terdapat beberapa jenis Anti-Virus yang dibuat khusus untuk dipasang dan digunakan dalam Ubuntu. Antaranya adalah ClamAV/ClamTk (Clam AntiVirus), aVast Anti-Virus, AVG Anti Virus, BitDefender dan bermacam lagi. Kebiasaannya anti-virus diperlukan dalam Ubuntu jika menyediakan perkhidmatan melalui server. Tujuannya adalah bagi melindungi pengguna Windows yang akses mahupun menggunakan perkhidmatan yang diberikan.

Bagi pengguna yang berhajat menggunakan anti-virus dalam Ubuntu, bolehlah memasang mana-mana jenis anti-virus sepertimana yang dinyatakan diatas (sila layari website anti-virus berkenaan untuk keterangan lanjut mengenainya). Disini hanya diterangkan cara pemasangan ClamAV/ClamTk:
  1. Buka Add/Remove Applications (Applications > Add/Remove Applications).


  2. Pada ruang kotak "Show" pilih All available applications. Pada kotak "Search" taipkan ClamAV atau ClamTk ataupun Virus Scanner.
  3. Tik checkbox Virus Scanner (ClamAV/ClamTk dinamakan sebagai Virus Scanner), kemudian klik butang Apply Changes dan ikuti segala arahan yang dipaparkan untuk meneruskan pemasangannya.
  4. Setelah selesai Ubuntu memasangnya dalam komputer, ClamAV/ClamTk akan disenaraikan dalam menu Applications > System Tools > Virus Scanner. Sila rujuk website ClamAV/ClamTk untuk keterangan cara menggunakannya.

Ahad, Ogos 09, 2009

Memasang Aplikasi Windows Menggunakan Wine


Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011

Jumaat, Ogos 07, 2009

Memasang Aplikasi Wine Versi Terkini


Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011

Rabu, Ogos 05, 2009

Google Gadget Untuk Desktop Ubuntu

Jika pengguna Windows Vista mempunyai Desktop Gadget (Side Bar) pada desktop mereka, Ubuntu pula boleh menggunakan Google-Gadget For Linux. Untuk memasang Google Gadget pada Ubuntu, sila ikuti langkah di bawah.
  1. Buka Add/Remove Applications (Applications > Add/Remove Applications).


  2. Pada ruang kotak "Show", pilih All available applications.
  3. Pada kotak "Search", taipkan Google Gadget.
  4. Tik check box Google Gadget (GTK), kemudian klik butang Apply Changes dan ikuti segala arahan yang dipaparkan untuk meneruskan pemasangannya.
  5. Setelah selesai Ubuntu memasangnya dalam komputer, Google Gadget akan disenaraikan dalam menu Applications > Internet > Google Gadget (GTK).

Isnin, Ogos 03, 2009

Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu

Disini ingin saya mengongsikan kepada biskita tentang apa yang saya lakukan sebaik sahaja selesai memasang Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope;

1. Membuat konfigurasi dan penetapan dalam Software Source. Caranya daripada menu System buka Software Source (System > Administration > Software Source).



Pada tab Ubuntu Software (gambar atas) tik kesemua Check Box yang ada pada ruang Downloadable from the internet.

Pada tab Third-Party Software (gambar bawah), tik kesemua Check Box yang ada. Setelah selesai tutup tetingkap Software Source dan tekan butang Reload.



2. Mengemaskini (Update) sistem Ubuntu melalui Update Manager (System > Administration > Update Manager).

3. Saya akan memasang Startup-Manager bagi kemudahan menkonfigurasi menu GRUB. Untuk tujuan itu, melalui Terminal taipkan arahan di bawah bagi tujuan pemasangannya.
  • sudo apt-get install startupmanager


Sebelum menkonfigurasi menu GRUB, pastikan ianya di backup terlebih dahulu dengan menggunakan arahan di bawah melalui Terminal;
  • sudo cp /boot/grub/menu.lst /boot/grub/menu-backup.lst
4. Menkonfigurasi Firewall. Walaupun Ubuntu adalah immune daripada Virus, tetapi pengguna perlu melindungi komputer dari di akes oleh penceroboh dengan menggunakan Firewall. Secara default UFW telah pun terpasang dalam Ubuntu, tetapi untuk kemudahan konfigurasi, saya akan memasang GUFW melalui terminal dengan menaipkan arahan di bawah.
  • sudo apt-get install gufw


Selain itu, alternatif lain Firewall yang boleh digunakan adalah Firestarter; untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal.
  • sudo apt-get install firestarter
5. Memasang Ubuntu-Restricted-Extras; Untuk membolehkan mendengar MP3, melihat video, menjalankan Java dan seumpamanya, saya akan memasang Ubuntu-Restricted-Extra Package. Dalam package tersebut dimuatkan juga beberapa Codec lain untuk audio/video, Adobe Flash serta Microsoft core fonts. Untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal;
  • sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
6. Memasang Ubuntu Tweak. Rujuk pada entri Ubuntu Tweak.

7. Memasang Gnome Do; Dengannya memudah untuk membuat pencarian dan mempercepat melakukan sesuatu perkara dalam Ubuntu. Kurang lebih sama dengan QuickSilver dalam Mac dan Launchy dalam Windows. Untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal;
  • sudo apt-get install gnome-do


8. Memasang CompizConfig Settings Manager (CCMS); Rujuk pada entri Memasang CompizConfig Setting Manager.

Sabtu, Ogos 01, 2009

Memasang Ubuntu Menggunakan Wubi

Terdapat beberapa cara dan pilihan untuk memasang Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope dalam komputer. Samada memasangnys secara Clean Install - memasang ubuntu dan menjadikannya satu-satunya sistem pengoperasian dalam komputer, Dual Boot - memasang Ubuntu secara dual boot dengan sistem pengoperasian Windows, dan Wubi - memasang Ubuntu didalam Windows tanpa perlu menyediakan partition terlebih dahulu.

Bagi pengguna baru ataupun yang ingin mencuba Ubuntu, seringkali menghadapi kesukaran untuk melakukan instalasi Dual Boot; terutama pada proses membuat partition. Tetapi insya Allah dengan kemudahan GUI dalam membuat partition ianya tidaklah sesukar mana yang disangkakan. Insya Allah perkara ini akan diterangkan dimasa akan datang.

Untuk ketika ini, diterangkan cara memasang Ubuntu dalam komputer menggunakan Wubi. Pemasangan Ubuntu menggunakan Wubi seringkali digunapakai oleh pengguna yang ingin mencuba terlebih dahulu Ubuntu sebelum memasangnya secara Clean Install mahupun secara Dual Boot dengan sistem pengoperasian Windows. Ianya mudah dan sama seperti bagaimana biskita memasang aplikasi lain dalam Windows. Malahan, setelah pemasangannya biskita juga boleh membuang/uninstall Ubuntu dengan mudah melalui Add/Remove Applications daripada Control Panel.

Cara/Langkah melakukan Instalasi Ubuntu menggunakan Wubi;

1. Masukkan live CD Ubuntu dalam CD Drive dan secara automatik tetingkap Ubuntu CD Menu (gambar bawah) akan dipaparkan.



2. Klik butang Install Inside Windows, tetingkap Ubuntu Setup (gambar bawah) akan terpapar.



3. Pada ruangan Installation Drive (xx GB free), membolehkan untuk biskita menentukan di drive mana hendak dipasang Ubuntu. Ruang Installation Size (GB), jika biskita mempunyai ruang hard disk yang besar, biskita boleh mengubahnya mengikut kehendak yang biskita mahukan. Ruangan Desktop Enviroment, secara default adalah Ubuntu. Ruangan Language, secara default adalah English. Pada Ruangan Username, taipkan username biskita untuk digunakan dalam Ubuntu (sebaiknya gunakan small letters sahaja). Ruang Password, taipkan password biskita untuk digunakan dalam Ubunutu.

4. Setelah selasai biskita melakukan konfigurasi dan penetapan dalam tetingkap Ubuntu Setup, tekan butang Install untuk meneruskan. Tetingkap Installing Ubuntu (gambar bawah) akan dipaparkan.



5. Setelah selesai dimuat turun fail-fail sistem Ubuntu, tetingkap Completing The Ubuntu Setup Wizard (gambar bawah) akan terpapar. Klik Reboot atau I want to manually reboot later. Selesai.



6. Semasa reboot, biskita akan diberikan pilihan menu (gambar bawah) samada untuk menggunakan Windows ataupun Ubuntu. Pilih Ubuntu dan masukkan Username juga Password biskita untuk memasuki desktop Ubuntu.