Semalam saya telah didatangi oleh rakan pengguna Ubuntu 9.10 untuk sama-sama menyelasaikan masalah koneksi wayarles laptop beliau; Yang mana signal koneksi penyambungan ke internet adalah rendah/lemah dan untuk beberapa ketika ianya akan terputus kemudian tersambung semula. Keadaan tersebut berulang beberapa kali sehinggalah langsung tidak boleh dihubungkan kembali ke internet dan akhirnya terpaksa reboot/restart laptop berkenaan bagi mendapatkan penyambungan semula.
Laptop: Acer Aspire 4540 - AMD Turion II X2 M520Alhamdulillah, setelah membuat selidikan dan mencari sumbar bantuan melalui beberapa ruangan forum, telah ditemui cara penyelasainnya sepertimana dikongsikan di bawah; yang munkin dapat membantu dan dicuba oleh rakan pengguna lain yang menghadapi permasalahan yang serupa.
Network Controller: Atheros Communications Inc. AR928X Wireless Network Adapter (PCI-Express) (rev 01)
Apa yang perlu dilakukan hanyalah memasang pakej-pakej di bawah melalui Synaptic Package Manager.
- linux-backports-modules-2.6.31-20-generic
- linux-backports-modules-karmic
- linux-backports-modules-karmic-generic
- linux-backports-modules-wireless-karmic-generic
Tips: Untuk mengetahui jenis Wireless Network Card / Chipset yang biskita gunakan, sila taipkan arahan lspci melalui Terminal. Jika biskita menggunakan jenis usb wireless device taipkan arahan lsusb dan jika menggunakan jenis pcmcia wireless card, taipkan arahan lspcmcia.
makasih banget massssss q mengalami permasalahan ter sebut
BalasPadamsangat membantu