Sabtu, April 24, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Release Candidate)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam 22 April 2010 (23 April 2010 - Brunei) pasukan pembangun Ubuntu telah pun mengeluarkan versi Release Candidate (RC) bagi sistem pengoperasian komputer Ubuntu 10.04 Lucid Lynx. Tidak banyak yang dibicarakan pada keluaran RC ini, kerana segala pembaharuan mahupun ciri baru bagi dimuatkan dalam rilis akhir Ubuntu 10.04 telah pun disentuh pada rencana sebelum ini. Ubuntu 10.04 Lucid Lynx RC disokong dan dikuasakan oleh Kernal Linux 2.6.31.11 dan ianya cukup stabil serta boleh digunakan sebagai sistem pengoperasian sehari-hari.

Isnin, April 19, 2010

CD Percuma Ubuntu 10.04 Lucid Lynx

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun Ubuntu 10.04 Lucid Lynx ketika ini masih diperingkat Beta 2, namun pengguna dan peminat Ubuntu sudah boleh mula membuat tempahan bagi mendapatkan CD PERCUMA rilis akhir (Final Release) Lucid Lynx berkenaan. Untuk tujuan tersebut biskita bolehlah berurusan di https://shipit.ubuntu.com. Ianya percuma dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat Canonical. Jadinya tunggu apa lagi, buatlah tempahan biskita sekarang!.

Sehingga kini Ubuntu telah merilis sebanyak 11 versi sistem pengoperasiannya; dan akan bertambah menjadi 12 keluaran pada 29 April ini iaitu dengan kehadiran Ubuntu Lucid Lynx 10.04. Ubuntu 10.04 merupakan versi LTS (Long Terms Support) ke tiga selepas Ubuntu 8.04 Hardy Heron dan Ubuntu 6.06 Dapper Drake. Setiap keluaran versi LTS mendapat sokongan pengemaskinian (update) keselamatan dan kesetabilan untuk tempoh 3 tahun bagi desktop/laptop dan 5 tahun bagi komputer pelayan (server).

Sabtu, April 10, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Beta 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam 8 April 2010 (9 April 2010 - Brunei) pasukan pembangun Ubuntu telah pun merilis Ubuntu 10.04 Lucyd Lynx Beta 2. Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat pada rilis Beta 2 bagi Ubuntu 10.04 ini, adalah;
  1. Ianya disokong oleh kernal linux 2.6.32.9
  2. Banyak pembaharuan dan perubahan telah dilakukan pada persekitaran meja komputer (desktop) yang membuatkan Ubuntu 10.04 kelihatan sangat menarik dan modern.

Isnin, April 05, 2010

Jadual Gerakkan Pelancaran Ubuntu 10.10 Maveric Meerkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memang tidak dinafikan Ubuntu adalah sebuah sistem pengoperasian komputer yang hebat dan semakin terkenal serta menjadi pesaing utama kepada sistem pengoperasian komputer berbayar Window$. Setiap enam bulan, Ubuntu akan merilis versi terbaharunya bagi digunakan secara percuma oleh sesiapa sahaja. Pada 29 April 2010 yang akan datang ini, Ubuntu akan melancarkan dan merilis versi sistem pengoperasiannya yang ke 12 iaitu Ubuntu 10.04 Lucyid Lynx. Selepas itu, pada bulan Oktober 2010 pula akan dilancarkan Ubuntu 10.10 dengan kod nama Maveric Meerkat. Di bawah adalah jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 10.10;
  • 3 Jun 2010 - Alpha 1 release

Ahad, April 04, 2010

Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas Mark Shuttleworth telah mengumumkan mascot ataupun kod nama bagi versi terbaharu Ubuntu 10.10 dengan Maveric Meerkat. Ianya akan dirilis pada bulan Oktober 2010 dan akan mendapat sokongan selama 18 bulan. Keterangan lanjut mengenainya boleh dirujuk di http://www.markshuttleworth.com/archives/336. Itulah kehebatan Ubuntu, penggunanya sentiasa dihidangkan dengan rilis terkini pada setiap enam bulan sekali.

Sebelum tibanya rilis Ubuntu 10.10 Maveric Meerkat; Pada 29 April 2010 ini, Ubuntu versi 10.04 Lucid Lynx akan dirilis/dilancarkan. Bagi peminat dan pengguna Ubuntu versi LTS (Long term Support) semestinya sudah merasa tidak sabar-sabar akan kehadiran Lucid Lynx berkenaan apatah lagi akan tiba selepas itu pula Maveric Meerkat. Pada ketika ini, gerakkan pelancaran Ubuntu 10.04 Lucid Lynx sudah ditahap Beta 1 dan akan memasuki tahap Beta 2 pada 8 April 2010.