Isnin, Februari 28, 2011

Memasang Trading Terminal MetaTrader 4 Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dikongsikan cara pemasangan Trading Terminal MetaTrader 4 ke dalam Ubuntu sepertimana langkah di bawah:-

Sabtu, Februari 26, 2011

Alatan Untuk Memasang Perisian Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi pengguna baru Ubuntu yang sudah lama berpengalaman menggunakan Window$, pada peringkat awal akan merasa keliru dalam cara macamana memasang sesebuah perisian ke dalam Ubuntu. Insya Allah semakin terbiasa biskita menggunakannya, kekeliruan tersebut akan hilang dan pasti biskita akan mengakui bahawasanya pemasangan perisian dalam Ubuntu adalah jauh lebih mudah berbanding ketika menggunakan Window$.

Dalam Ubuntu, terdapat beberapa cara dan kaedah untuk memasang perisian. Antaranya melalui Ubuntu Software Center, Synaptic Package Manager dan juga melalui Terminal.

Khamis, Februari 24, 2011

Memasang Wine Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam penggunaan Ubuntu, memang tidak dinafikan masih terdapat pengguna yang berkehendak menjalankan perisian/aplikasi untuk Window$ di dalam Ubuntu.

Keadaan ini boleh dilakukan dengan penggunaan Wine. Walaupun tidak kesemua aplikasi Window$ dapat dipasang/dijalankan melaluinya, tetapi dari masa ke semasa ianya terus bertambah. Sila rujuk Wine Applications Database di http://appdb.winehq.org/ untuk mengetahui senarai aplikasi yang boleh dijalankan melalui Wine.

Memasang Wine Versi Stabil 1.2.2
  1. Buka Ubuntu Software Center daripada menu Applications.

Rabu, Februari 23, 2011

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-27

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Official Website of 27th National Day Brunei Darussalam

23 Februari 2011
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam Kali Ke-27.

Tema: Negaraku Brunei Darussalam


Sekian dan terima kasih kerana berkunjungan ke blog Ubuntu Brunei.

Selasa, Februari 22, 2011

Membuat Slide Untuk Latarbelakang Desktop Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

CreBS (Create Background Slideshow) merupakan alatan yang dengannya memudahkan pengguna membuat pertunjukan slide (Slideshow) gambar/imej untuk latarbelakang desktop Ubuntu. Melaluinya membolehkan pengguna memilih dan menentukan gambar mana yang hendak ditayangkan secara bertukar ganti mengikut masa yang ditetapkan.

Untuk memasang CreBS, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  • Buka terminal melalui menu Applications -> Accessories -> Terminal.

  • Taipkan teks arahan di bawah:-

Isnin, Februari 21, 2011

Ubuntu Font Family

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Sepertimana yang sudah sedia dimaklumi, fon baru Ubuntu (contoh imej di atas) telah mula diperkenalkan dan gunapakai pada versi Ubuntu 10.04. Ianya bukan sahaja khusus untuk dipergunakan pada sistem Ubuntu, malahan juga dapat dipasang ke dalam sistem Window$. Selain itu juga boleh digunakan untuk laman web mahupun blog. Bagi yang berkeinginan menggunakannya sila ikuti cara dan langkah di bawah;

Ahad, Februari 20, 2011

Komputer Mesra Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Unik dan mesra alam. Komputer (casing) yang diperbuat daripada karton / kertas kadbod dengan jenama Recompute. Idea asal dari tesis projek mahasiswa dalam jurusan rekabentuk industri di University of Houston.

Mempunyai empat model/kategori iaitu Recompute LNX, Recompute, Recompute Plus dan Recompute DIY Kit. Dijual dengan harga bermula dari USD199.95.

Untuk keterangan lanjut, biskita bolehlah melayari laman rasmi Recompute di http://www.sustainable-computer.com/

Sekian dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

Sabtu, Februari 19, 2011

Majalah dan Buku Elektronik Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikongsikan pautan/links majalah dan buku elektronik yang seharusnya dijadikan bahan bacaan mahupun rujukan pengguna Ubuntu Linux. Ianya percuma dan boleh dimuat turun samada untuk tujuan koleksi bahan bacaan sendiri mahupun dikongsikan bersama rakan dan sesiapa sahaja.

Sekian dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

Khamis, Februari 17, 2011

Memasang LibreOffice Pada Ubuntu 10.04 & 10.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang sudah dimaklumi, pada 25 Januari lepas The Document Foundation telah melepaskan LibreOffice versi 3.3.0. Ianya akan menggantikan OpenOffice dalam Ubuntu bermula dikeluaran Ubuntu 11.04. Walau macamana pun pengguna Ubuntu 10.04 dan 10.10 boleh memasangnya samada dengan memuat turunnya di http://www.libreoffice.org/download/ ataupun melalui terminal sepertimana cara di bawah:

Buka Terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.

Rabu, Februari 16, 2011

Menukar Laman Web Menjadi Fail PDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk menukar/menyimpan laman web kepada format fail PDF dalam Ubuntu adalah sangat mudah. Biskita hanya perlu menggunakan alatan Print yang ada pada Pelayar Web yang digunakan.

Caranya, ikuti sepertimana langkah di bawah;
  1. Tekan kekunci Ctrl + P untuk mebuka tetingkap alatan Print, sepertimana contoh imej di bawah;

Selasa, Februari 15, 2011

Membaikpulih / Mengembalikan GRUB Dengan Rescatux

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rescatux adalah alatan untuk memulihkan GRUB (GRand Unified Bootloader) secara GUI (graphic user interface) yang berasaskan Linux-Debian. Dengannya membolehkan pengguna mengembalikan GRUB pada MBR (master boot record) mahupun mengemaskini konfigurasi GRUB dengan hanya beberapa klik.
Untuk menggunakan Rescatux, bakar fail .iso Rescatux ke dalam CD [atau menggunakan USB stick] kemudian boot komputer menggunakan live CD tersebut; Tetingkap pemulihan Grub akan dibuka dan dipaparkan secara automatik sepertimana contoh imej di bawah,

Isnin, Februari 14, 2011

Mengetahui Maklumat Motherboard

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam mempergunakan komputer, ada ketikanya mengkehendaki kita untuk mengetahui maklumat tertentu perkakasan atau seumpamanya yang terdapat dan terpasang pada papan induk (motherboard).

Dalam ubuntu untuk mengetahuinya ada bermacam cara dan kaedah. Antaranya adalah menggunakan kata arahan "dmidecode" melalui terminal. Ianya akan memaparkan dan menyenaraikan secara detil info papan induk seperti bios, device, processor dan lainnya. Untuk tujuan tersebut, sila ikuti langkah dan cara di bawah;
  1. Buka terminal melalui Applications -> Accessories -> Terminal;

  2. Taipkan arahan di bawah dan tekan Enter.
  3. sudo dmidecode
Selamat mencuba.

Jumaat, Februari 11, 2011

Technical Support Untuk Pengguna Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk berpindah ke sistem pengoperasian yang baru, ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Setiap orang ada alasan kukuh tersendiri. Apatah lagi jika telah menggunakan Window$ bertahun-tahun lamanya, memang terlalu sukar bagi kita untuk melakukan kerja-kerja komputer tanpa Window$.

Saya akan berterusan berusaha mengajak sesiapa sahaja menggunakan Ubuntu. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai yang telah selesa dan pakar menggunakan Window$, tetapi insya Allah akan ada juga nanti pengguna Window$ yang akan mencuba menggunakan Ubuntu.

Sepertimana biskita, saya juga pengguna Window$ sejak dari versi 3.0 lagi. Malahan environment pekerjaan saya juga mengkehendaki saya menggunakan Window$. Tetapi semua itu tidak menghalang saya untuk menggunakan sistem pengoperasian lain terutama Ubuntu. Saya tidak mahu terikat pada penguasaan

Khamis, Februari 10, 2011

Ubuntu Linux bukannya Micro$oft Wndow$

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perlu kepada setiap pengguna Window$ yang ingin menggunakan atau baru menggunakan Ubuntu menerima hakikat bahawasanya Ubuntu Linux bukannya Window$. Maknanya Ubuntu tidak semestinya akan berfungsi sepertimana Window$.

Seringkali dipertanyakan oleh pengguna yang baru mencuba Ubuntu yang seolah-olahnya ingin Ubuntu berfungsi seperti Window$. Adalah tidak munasabah menggunakan Ubuntu tetapi berkehendak ianya berfungsi sepertimana Window$. Begitulah juga sebaliknya jika menggunakan Window$, sudah pastilah ianya tidak akan berfungsi sepertimana Ubuntu.

Ubuntu adalah berbeza dengan Window$. Program untuk Ubuntu adalah tidak sama program pada Window$, cara instalasi program dalam ubuntu adalah berbeza dengan Window$, cara memasang pemacu (driver) perkakasan adalah tidak sama sepertimana Window$. Oleh itu, setiap pengguna perlu menerima

Rabu, Februari 09, 2011

Mengenali Versi Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu memang unik sehinggakan setiap versi/siri keluaran Ubuntu mempunyai maksudnya tersendiri. Angka-angka versi berkenaan membawa makna bulan dan tahun ianya dirilis/dikeluarkan. Contohnya Ubuntu 10.04 bermaksud ianya dirilis pada bulan April tahun 2010 (10=2010, 04=April). Selain menggunakan nombor versi, ianya juga akan menggunakan kod nama yang unik. Contohnya versi 10.04 yang dilancarkan pada bulan April 2010, diberikan kod nama Lucid Lynx. Kebiasaannya kod nama yang digunakan adalah bersempena dengan nama-nama binatang.

Senarai versi Ubuntu yang telah dan akan dirilis:
  1. 4.10 Warty Warthog - dirilis pada Oktober 2004 (Tempoh sokongan telah mansuh pada April 2006)
  2. 5.04 Hoary Hedgehog - dirilis pada April 2005 (Tempoh sokongan telah mansuh pada Oktober 2006)
  3. 5.10 Breezy Badger - dirilis pada Oktober 2005 (Tempoh sokongan telah mansuh pada April 2007)
  4. 6.06 Dapper Drake (LTS) - dirilis pada June 2006 (Tempoh sokongan telah mansuh pada Jun 2009)

Selasa, Februari 08, 2011

Cara Mendapatkan CD Ubuntu Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sistem pengoperasian Ubuntu adalah percuma untuk dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Ubuntu tidak memerlukan untuk biskita membayar lesen penggunaannya, ianya boleh didapati dengan beberapa cara, iaitu:-
  1. Memuat turun fail .iso Ubuntu secara terus dari laman web rasmi Ubuntu di http://www.ubuntu.com/desktop/get-ubuntu/download.

    Cara ini memerlukan masa yang agak lama bergantung kepada kecepatan dan kesetabilan talian internet biskita. Kerana fail .iso Ubuntu bersaiz kurang lebih 700 MB.

  2. Jika sekiranya kecepatan talian internet biskita tidak mengizinkan, biskita bolehlah memuat turunnya dengan alternatif menggunakan rangkaian peer-to-peer atau dikenali sebagai BitTorrent. Untuk tujuan ini, diperlukan memasang terlebih dahulu BitTorrent Client seperti Transmission atau µTorrent

Isnin, Februari 07, 2011

Ubuntu + Window$ = Dual-Boot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu adalah sebuah sistem pengoperasian yang hebat. Kecepatannya untuk boot memang tidak dinafikan. Selain itu, untuk melakukan instalasi apa sahaja aplikasi dalam Ubuntu amat mudah sekali dengan hanya menekan satu butang sahaja; tidak ada istilah double-click - next - next - & next. Dan yang paling penting sekali adalah Ubuntu percuma dan ianya disokong oleh beribu sofwer-sofwer sumbar terbuka yang juga percuma untuk digunakan dalam Ubuntu.

Tidakah biskita ingin mencuba menggunakan sistem pengoperasian Ubuntu yang hebat ini? Jika biskita adalah pengguna Window$, biskita tidak perlu untuk terus meninggalkan Window$. Ubuntu boleh dipasang secara dual-boot dengan Window$. Dual-boot adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan keadaan apabila sesebuah komputer mempunyai dua sistem pengoperasian di dalamnya.

Dengan pemasangan Ubuntu secara dual-boot akan memberikan kelebihan kepada biskita untuk dapat terus menggunakan Window$. Kebanyakkan pengguna akan memilih option dual-boot ini sebagai peringkat percubaan mereka sebelum melakukan perpindahan ke sistem pengoperasian Ubuntu sepenuhnya.

Ahad, Februari 06, 2011

Konfigurasi Sistem Komputer Untuk Memasang Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika kita perhatikan perkembangan sistem pengoperasian Window$, setiap kali versi terbaharunya dikeluarkan, pasti komputer yang hendak menggunakannya dikehendaki berkeupayaan tinggi. Contohnya saja pada Window$ Vista, untuk menggunakannya sesebuah komputer itu hendaklah sekurang-kurangnya 1 GHz 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor, 512 MB of system memory, 20 GB hard drive with at least 15 GB of available space, Support for DirectX 9 graphics and 32 MB of graphics memory, DVD-ROM drive, Audio Output, Internet access.

Keadaan seumpama ini menyebabkan pengguna akan mengeluarkan belanja yang mungkin besar. Kerana bukan sahaja perlu membayar lesen penggunaan Window$, malahan berbelanja untuk menyediakan komputer. Jika tidak pun, berbelanja untuk meninggkat taraf (upgrade) komputer yang sedia ada. Selain itu, sofwer-sofwer yang digunakan dalam Window$ juga mungkin terpaksa di upgrade dan ada antaranya akan mengenakan caj tambahan kepada pengguna.

Bagi yang berkemampuan, situasi ini tidaklah menjadi penghalang dan masalah. Tetapi bagi yang tidak mampu, macamana? Macamana pula jika memiliki komputer lebih dari sebuah? Adakah biskita sanggup berbelanja untuk itu?

Sabtu, Februari 05, 2011

Ubuntu Bebas Dari Virus?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Memang Ubuntu sehingga ke hari ini seolah-olah kebal dari serangan mahupun dijangkiti oleh virus. Inilah antara kehebatan dan kelebihan Ubuntu berbanding dengan OS komersial.

Hal ini sememangnya masih diragui oleh ramai pengguna Window$. Malahan apabila diperingkat awal mereka menggunakan Ubuntu, pastinya aplikasi anti-virus dan juga virus menjadi perhatian utama. Keadaan ini berpunca atas sebab minda kita telah lama terpengaruh dengan anti-virus pada Window$.

Walau macamana pun, bagi meredakan dan menghilangkan rasa keraguan biskita; ada terdapat beberapa aplikasi anti-virus yang dibuat khusus untuk digunakan dalam Ubuntu iaitu seperti ClamTK yang dibangunkan secara sumbar terbuka (Open Source). Ianya percuma dan biskita boleh mendapatkan atau memasangnya melalui Ubuntu Software Center.

Insya Allah semakin lama biskita menggunakan Ubuntu, rasa keraguan akan kekebalan Ubuntu dari virus akan hilang dan saya percaya biskita akan berkeyakinan menggunakan Ubuntu walau tanpa ada terpasang anti-virus sekalipun.

Jumaat, Februari 04, 2011

Perisian Percuma Yang Disertakan Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu selain sebagai sistem pengoperasian, di dalamnya juga disertakan berbagai perisian percuma. Malahan perisian-perisian tambahan mengikut keperluan dan kehendak pengguna dengan mudah boleh diperolehi melalui Ubuntu Software Center. Terdapat banyak perisian alternatif bagi menggantikan perisian-perisian yang digunakan pada Window$, dan yang menariknya kesemua perisian berkenaan adalah percuma.

Di antara perisian yang tersedia dan disertakan pada Ubuntu adalah:-

LibreOffice / OpenOffice
Evolution Mail
Mozilla Firefox
Gwibber Microblogging
Shotwell
Pitivi video editor
Empathy IM
Rhythmbox Music Player
Totem Movie Player
Brasero Disk Burner, dan bermacam-macam lagi.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ciri/features Ubuntu sila layari http://www.ubuntu.com/desktop/features

Khamis, Februari 03, 2011

Kenapa Perlu Menggunakan Ubuntu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu adalah percuma dan akan sentiasa percuma dengan sumber terbuka (Open Source). Biskita boleh memuat turunnya dan dikongsi bersama rakan-rakan dan sesiapa saja tanpa perlu membayar lesen penggunaannya.

Selain itu, setiap 6 bulan Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaharunya yang sentiasa mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaharu dunia perisian percuma dan sumber terbuka khusus untuk komputer peribadi dan komputer pelayan (server). Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS (Long Term Support) iaitu sokongan jangka panjang untuk tempoh 3 tahun bagi komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Sehingga ke saat ini sudah 13 versi Ubuntu telah pun dirilis dan dikeluarkan, iaitu:-
  • Ubuntu 4.10 (Oct 2004) Code Name: Warty Warthog
  • Ubuntu 5.04 (Apr 2005) Code Name: Hoary Hedgehog
  • Ubuntu 5.10 (Oct 2005) Code Name: Breezy Badger

Rabu, Februari 02, 2011

Mark Shuttleworth

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mark Shuttleworth (gambar atas) adalah pengasas Ubuntu. Kelahiran Afrika Selatan, dilahirkan pada 18 September 1973. Seorang jutawan pemilik Canonical Ltd, yang melaluinya memberikan penajaan bagi sistem pengoperasian berasaskan Linux percuma. Beliau juga merupakan orang kedua membuat pengembaraan ke angkasa selama 8 hari pada bulan April 2002 dengan perbelanjaan sendiri dan menjadikannya warga Afrika pertama menjelajah angkasa.

Selasa, Februari 01, 2011

Apadia Ubuntu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ubuntu |oǒ'boǒntoō| adalah perkataan kuno bahasa Afrika yang dimaksudkan ‘rasa perikemanusiaan terhadap sesama insan’ (humanity to others), juga diertikan 'aku adalah aku kerana adanya kita semua' (I am what I am because of who we all are).

Ianya dijadikan jenama bagi sebuah sistem pengoperasian komputer berasaskan Linux. Diasaskan oleh Mark Shuttleworth kelahiran Afrika Selatan; seorang jutawan pemilik Canonical Ltd yang daripadanya memberikan penajaan bagi sistem pengoperasian komputer percuma untuk diberikan dan digunakan oleh sesiapa sahaja.

Sistem pengoperasian Ubuntu terhasil berdasarkan falsafah bahwa setiap perisian harus percuma serta dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dengan kebebasan untuk dipelajari dan diubahsuai mengikut kehendak keperluan penggunanya.