Jumaat, April 29, 2011

Pelancaran Ubuntu 11.04 Natty Narwhal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sepertimana yang sudah dimaklumi semalam telah dengan rasminya dilancarkan versi terbaharu Ubuntu 11.04 dengan kod nama Natty Narwhal. Untuk mengetahui ciri-ciri/features terkini Ubuntu berkenaan sila klik di sini.

Biskita boleh mendapatkan secara percuma Ubuntu 11.04 tersebut dengan

Khamis, April 28, 2011

Panduan Lengkap Dan Mencuba Ubuntu 11.04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

The next version of Ubuntu is coming soon

Versi terbaharu Ubuntu 11.04 Natty Narwhal akan dilancarkan pada hari ini 28 April 2011. Yang pasti keluaran kali ini membawakan perubahan terkini terutama pada paparan antaramuka desktop yang mengenalkan Unity bagi menggantikan Gnome. Ianya sesuatu pembaharuan yang mungkin akan membuat sebahagian pengguna merasa sedikit kekok ketika menggunakan untuk pertama kalinya.

Dalam usaha untuk memudahkan pengguna bagi mengenal serta memahami

Selasa, April 26, 2011

gKamus | Kamus Bahasa Inggeris - Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 ->   -> 

gKamus adalah sebuah aplikasi kamus yang memberi kemudahan menterjemah perkataan Inggeris ke bahasa Indonesia secara luar talian (off line). Dihasilkan oleh Ardhan Madras dan Firmansyah. gKamus boleh dipasang samada pada Ubuntu juga pada Window$. Keterangan lanjut mengenainya, sila klik di sini.

Untuk memasang gKamus ke dalam Ubuntu 10.04 dan 10.10, sila ikuti cara dan langkah di bawah;

Ahad, April 24, 2011

Majalah Full Circle Keluaran 48

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Majalah Full Circle keluaran ke-48 telah dirilis dan sedia untuk dimuat turun secara percuma. Sila klik di sini untuk mendapatkannya.

Antara kandungan yang dimuatkan;

Majalah Elektronik Sumbu Edisi Ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam 23 April 2011, keluaran edisi kedua majalah Sumbu terbitan JomLinux Malaysia telah diterbitkan.

Antara yang dimuatkan pada keluaran kali ini adalah;

Jumaat, April 22, 2011

Cara Untuk Mengetahui CPU 64-Bit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada entri kali ini, dikongsikan cara untuk mengetahui samada pemproses/processor (CPU) komputer yang biskita miliki/gunakan berkemampuan 64-bit atau sebaliknya. Hal ini amat perlu terutama kepada pengguna baru bagi menentukan samada komputer berkenaan menyokong untuk menggunakan Ubuntu jenis 64-bit ataupun 32-bit.

Untuk tujuan berkenaan, sila taipkan atau salin dan tampal salah satu antara perintah/arahan di bawah ke dalam Terminal (Applications > Accessories > Terminal);
  • grep --color=always -iw lm /proc/cpuinfo

    Selepas menekan kekunci Enter, akan dipaparkan pada skrin seumpama di bawah;

Jumaat, April 15, 2011

Paparan Desktop Dan Ciri-Ciri Terkini Ubuntu 11.04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

The next version of Ubuntu is coming soon

Semalam 14 April 2011, versi beta terakhir Ubuntu 11.04 Natty Narwhal Beta 2 telah pun dilepaskan untuk dimuat turun serta dicuba oleh pengguna sebelum versi penuh Ubuntu 11.04 dilancarkan pada 28 April 2011 akan datang.

Untuk gambaran dan penjelasan ringkas mengenai paparan desktop serta ciri-ciri (features) terkini Ubuntu berkenaan, dikongsikan klip video Ubuntu 11.04 Beta 1 sepertimana di bawah;

Khamis, April 14, 2011

Unlock Default Keyring

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah biskita berdepan dengan paparan tetingkap seperti contoh di bawah pada setiap kali biskita memasuki sistem Ubuntu?


Keadaan seumpama berkenaan kebiasaannya akan berlaku apabila pengguna menukar kata laluan utama mereka. Untuk mengelak/menghentikan tetingkap Unlock Keyring berkenaan dipaparkan, sila ikuti cara dan langkah di bawah;

Sabtu, April 09, 2011

Ubuntu 11.04 Countdown Banner

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang sudah dimaklumi bahawa pada 28 April 2011 ini, keluaran terbaharu Ubuntu versi 11.04 dengan kod nama Natty Narwhal akan dirilis dan dilancarkan.

Untuk menyemarakkan suasana ketibaan hari pelancaran berkenaan, tiga reka bentuk countdown banner (sepertimana contoh imej di bawah) telah dikeluarkan melalui laman sesawang The Ubuntu Countdown.

The next version of Ubuntu is coming soon   The next version of Ubuntu is coming soon   The next version of Ubuntu is coming soon

Kepada pengguna yang ingin turut sama menyebar dan mewar-warkan versi terbahru Ubuntu 11.04 berkenaan, bolehlah menggunakan banner tersebut bagi diletakkan di laman sesawang masing-masing. Biskita boleh mendapatkan kod countdown banner berkenaan di laman sesawang The Ubuntu Countdown.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

Khamis, April 07, 2011

Sambutan 20 Tahun Linux

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei

Perkhidmatan Percuma Shipit Telah Berakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam 06 April 2011 melalui Blog Canonical telah diumumkan perkhidmatan percuma pemberian dan penghantaran CD Ubuntu di laman sesawang ShipIt telah diberhentikan. Walaupun begitu, pihak Canonical masih tetap mengedarkan CD berkenaan tetapi hanya kepada komuniti Ubuntu tempatan (LoCos), yang dengannya dapat membantu mereka dalam penyebaran penggunaan Ubuntu secara lebih efektif dan berkesan.

Rabu, April 06, 2011

DesktopNova

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DesktopNova adalah antara apalikasi (sepertimana CreBS) yang dengannya akan membolehkan imej/gambar dinding (wallpaper) desktop Ubuntu ditukar ganti secara automatik mengikut masa yang ditentukan oleh pengguna.

Untuk memasang DesktopNova ke dalam Ubuntu 10.04/10.10, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal, kemudian taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah;

    • sudo add-apt-repository ppa:haliner/ppa

Isnin, April 04, 2011

Memasang Tema Ikon Faenza

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tema ikon Faenza adalah antara set ikon yang menjadi kegemaraan mahupun kesukaan sebahagian pengguna untuk digunapakai bagi menggantikan set ikon yang sedia ada pada sistem Ubuntu.

Kepada pengguna Ubuntu 10.04 & 10.10 yang berkeinginan membuat modifikasi tampilan ikon pada sistem Ubuntu mereka, bolehlah mencuba mempergunakan set ikon berkenaan dengan mengikuti cara dan langkah di bawah;

Sabtu, April 02, 2011

Menset Semula Kata Laluan Pengguna Sistem Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlupa kata laluan (Password) untuk memasuki ke sistem Ubuntu kadangkala akan berlaku di kalangan pengguna dan keadaan ini jika tidak menemui penyelasainya, menyebabkan sebahagian pengguna membuat keputusan untuk memasang semula sistem Ubuntu ke komputer mereka. Bagi mengelak tindakan pemasangan semula sistem Ubuntu hanya disebabkan terlupa kata laluan, pengguna boleh mengikuti cara dan langkah di bawah bagi menset semula (Reset) kata laluan yang terlupa berkenaan;
  1. Semasa berada di menu GRUB iaitu ketika memula (boot) mahupun selepas komuter dimula semula (reboot), pilih Ubuntu, with Linux 2.6.xxx (recovery mode) untuk memasuki ke sistem Ubuntu (contoh imej di bawah);