Sabtu, Jun 25, 2011

Majalah Full Circle Keluaran 50

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Majalah Full Circle keluaran ke-50 telah pun dikeluarkan dan sedia untuk dimuat turun secara percuma. Sila klik di sini untuk mendapatkannya.

Antara kandungan yang dimuatkan pada keluarannya kali ini adalah;
  • Command and Conquer.

  • How-To : Program in Python – Part 24, LibreOffice – Part 5, Ubuntu Development – Part 2, and Use KDE (4.6).

Jumaat, Jun 24, 2011

Majalah Sumbu Edisi Ke-4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Majalah Sumbu edisi ke-4 terbitan JomLinux Malaysia telah pun dikeluarkan pada hari ini 24 Jun 2011.

Antara kandungan yang dimuatkan pada keluaran kali ini adalah;

Rabu, Jun 22, 2011

Meningkat Taraf Mozilla FireFox Ke Versi 5.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang sudah sama-sama diketahui, Mozilla FireFox versi 5.0 telah pun dilepaskan beberapa hari lepas.

Walaupun begitu, bagi pengguna Ubuntu yang sedang menggunakan versi 4.x tidak akan terus ditingkat taraf secara automatik ke versi terbaharu berkenaan sehingga ke beberapa hari akan datang. Oleh hal demikian, bagi yang terasa tidak sabar untuk menggunakannya bolehlah meningkat taraf ke versi 5.0 tersebut dengan menggunakan teks arahan di bawah melalui Terminal.
  • sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-security/ppa
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get upgrade

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

Sabtu, Jun 18, 2011

Pemecut Muat Turun ProZilla

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ProZilla adalah aplikasi pemecut muat turun (Download Accelerator) yang digunakan melalui Terminal. Ianya sebuah aplikasi bersaiz kecil yang berkeupayaan mempercepat proses muat turun sehingga tiga kali ganda (tertakluk kepada kelajuan talian internet biskita).

Walaupun direka untuk diperguna melalui Terminal, namun ProZilla boleh diintegrasi dengan pelayar sesawang Mozilla Firefox.

Untuk memasang dan menggunakan ProZilla pada Ubuntu 10.04 (LTS) atau 11.04, sila ikuti cara dan langkah di bawah;

Melalui Terminal, taipkan atau salin dan tampal teks arahan di bawah;
  • sudo add-apt-repository ppa:tldm217/tahutek.net
    bertujuan menambah repo dan seterusnya mengimport kekunci GPG bagi ProZilla.

    Nota: Apabila dipaparkan pada skrin terminal seumpama [sudo] password for your_username: taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan.

Rabu, Jun 15, 2011

Ulang Tahun Ke 2 Blog Ubuntu Brunei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah hari ini 15 Jun 2011 adalah ulang tahun ke dua Blog Ubuntu Brunei. Semogalah Blog ini akan dapat berterusan memberikan sedikit sumbangan dan dengan pengharapan akan semakin ramai orang-orang kitani untuk mencuba dan mempergunakan Ubuntu sebagai alternatif kepada sistem pengoperasian komputer komersial.

Walaupun matlamat dan harapan serta target Ubuntu Brunei masih lagi jauh