Sabtu, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Alhamdulillah hari ini Sabtu
10 Zulhijjah 1430 / 28 November 2009
telah bermulanya Hari Raya Aidil Adha
bagi Negara Brunei Darussalam.

Dikesempatan bulan yang mulia ini
Ubuntu Brunei mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.

Jumaat, November 06, 2009

CD Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Pada 29 Oktober 2009 (Khamis) kira-kira jam 10 malam waktu Brunei, laman web rasmi Ubuntu telah melancarkan fail-fail .iso bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala untuk dimuat turun secara percuma oleh pengguna dan peminat Ubuntu diserata dunia. Alhamdulillah UbuntuBrunei juga tidak ketinggalan untuk memuat turun beberapa fail-fail iso berkenaan dan telah sempurna disalin ke dalam CD untuk diagih-agihkan kepada yang berminat untuk menggunakannya.

Di bawah, disenaraikan distro Ubuntu 9.10 Karmic Koala (32-bit version) yang telah tersedia dalam bentuk CD:-
  1. Ubuntu 9.10 (Live CD)
  2. Ubuntu 9.10 (Alternate CD)
  3. Ubuntu 9.10 Server Edition
  4. Ubuntu 9.10 Netbook Remix
  5. Xubuntu 9.10 (Live CD)
  6. Xubuntu 9.10 (Alternate CD)
Kepada yang berminat untuk mendapatkan CD berkenaan sila hubungi ubuntubrunei(at)linuxmail(dot)org atau biskita boleh memuat turunnya secara percuma di http://www.ubuntu.com/getubuntu/

Khamis, Oktober 29, 2009

Pelepasan Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Akhirnya sepertimana yang telah dijanjikan oleh Canonical Ltd, hari ini 29 Oktober 2009 merupakan hari pelepasan sistem pengoperasian komputer yang berasaskan Linux iaitu Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala. Banyak pembaharuan dan penambahbaikkan pada versi terbaharu kali ini berbanding dengan versi sebelumnya. Ubuntu walaupun masih lagi diusia muda berbanding dengan Sistem Pengoperasian lain, ternyata ianya kini telah terbukti berdiri sama tinggi malahan menjadi pencabar utama dan pilihan alternatif popular kepada Sistem Pengoperasian Komputer Komersial yang sudah lama bertapak dan memonopoli market share kepenggunaannya.

Ubuntu 9.10 Karmic Koala bukan sahaja sebagai sistem pengoperasian komputer percuma malahan padanya disertakan pelbagai aplikasi percuma sumbar terbuka seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian, grafik, pemain muzik & video dan alat-alat pengaturcaraan. Di samping itu, tersedia ratusan senarai aplikasi alternatif percuma lain bagi menggantikan perisian berbayar yang sedia ada, biskita hanya perlu menekan butang muat turun sahaja dan secara automatik perisian-perisian yang dikehendaki akan dipasang pada komputer biskita.

Isnin, Oktober 26, 2009

Hidupkan PC Lama Dengan Xubuntu

Melihat kepada perkembangan teknologi komputer yang begitu pesat dan cepat, telah mengakibatkan komputer lama semakin jauh terpinggir dan dilupakan. Malahan komputer yang baru dibeli beberapa bulan yang lepas pun sudah terasa semakin tertinggal kebelakang. Kekelutan ini ditambah lagi dengan kemunculan Sistem Pengoperasian Komputer berbayar terkini yang sudah pastinya mengkehendaki penggunanya menggunakan komputer yang mempunyai konfigurasi tinggi.

Pada pandangan saya Ubuntu Linux adalah nadi dan penyelamat bagi pemilik komputer lama mahupun yang berkonfigurasi rendah. Dan ini bertepatan dengan makna juga slogan Ubuntu "Humanity to others" / "Kemanusiaan Untuk Semua". Ubuntu memberikan peluang kepada pengguna bukan sahaja menjalankan komputer lama mereka malahan sama-sama menggunakan sistem pengoperasian terkini. Pada 29 Oktober ini Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala akan dilancarkan dan ianya adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa pun.

Bagi pemilik komputer lama jangan biarkan ianya terbiar begitu sahaja, pasangkan padanya Xubuntu. Xubuntu adalah distro Linux yang mempunyai asas yang sama dengan Ubuntu, menggunakan sofwer respositories yang sama dan versi yang sama antara satu dengan lainnya. Ianya menggunakan Xfce Desktop Enviroment, yang mana lebih ringan dari Gnome dan KDE. Sila rujuk entri Perbezaan antara Ubuntu, Kubuntu dan Xubuntu untuk keterangannya atau layari laman web rasmi Xubuntu di http://www.xubuntu.org bagi keterangan yang lebih detil mengenai Xubuntu.

Xubuntu bukan sahaja popular digunakan oleh pemilik komputer berkonfigurasi rendah, malahan juga ramai pengguna yang memiliki komputer berkonfigurasi tinggi menggunakannya dengan tujuan tertumpu untuk kecepatan dalam berkomputer. Walaupun Ubuntu itu sendiri sudah cepat/laju, tetapi bagi yang berkehendakan kecepatan yang maksima dan tidak memerlukan efek 3d atau seumpamanya, Xubuntu menjadi pilihan.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Ubuntu 9.10 Release Candidate

Semalam 22 Oktober 2009, Canonical telah pun mengeluarkan versi Release Candidate bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

Secara umumnya pada release candidate ini tidak banyak perubahan yang dilakukan. Hanya menumpukan pada penyelasaian masalah bug (bug fix) dan pengemaskinian pakej. Pada paparan kemasukkan/login screen, telah diperbaiki dengan paparan yang lebih menarik menggunakan animasi fade-in/fade-out. Pakej-pakej Kernal Linux yang digunakan pula, adalah berasaskan/berdasarkan Kernal Linux 2.6.31.1. Sementara pakej lama bagi linux-restricted-modules digantikan dengan DKMS, dan KMS (Kernel Mode Setting) di enable secara default untuk kad grafik Intel.

Sila layari http://news.softpedia.com/news/Download-Ubuntu-9-10-Release-Candidate-124982.shtml untuk keterangan lanjut mengenai Ubuntu 9.10 Release Candidate hasil review oleh SOFTPEDIA.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 9.10:
  • May 14th, 2009 - Alpha 1 release
  • June 11th, 2009 - Alpha 2 release
  • July 23th, 2009 - Alpha 3 release
  • August 13th, 2009 - Alpha 4 release
  • September 3rd, 2009 - Alpha 5 release
  • September 17th, 2009 - Alpha 6 release
  • October 1st, 2009 - Beta release
  • October 22nd, 2009 - Release Candidate
  • October 29th, 2009 - Final release of Ubuntu 9.10
Untuk keterangan bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala Beta & Alpha Release yang telah dikeluarkan sebelum ini, sila baca artikel di bawah (Review oleh SOFTPEDIA).