Rabu, Oktober 07, 2009

Perbezaan Antara Ubuntu, Kubuntu & Xubuntu

Dalam tempoh beberapa minggu lagi Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala akan dirilis pada 29 Oktober 2009. Ramai pengguna dan peminat Ubuntu sudah tidak sabar-sabar menantikan kehadirannya, malahan ada yang telah mengguna dan mencuba dari versi Alpha 1 hinggalah sekarang iaitu versi Beta. Untuk makluman, Karmic Koala bukan hanya dirilis untuk Ubuntu bahkan juga Kubuntu, Xubuntu, dan distro seumpamanya.

Seringkali dipertanyakan terutamanya pengguna baru dan rakan-rakan yang berminat untuk menggunakan Ubuntu akan pilihan distro mana yang hendak digunakan. Adakan Ubuntu, Kubuntu, ataupun Xubuntu? Keadaan ini membuatkan sesetengah pengguna baru terasa serba salah untuk menentukan pilihan yang hendak digunakan.

Ubuntu, Kubuntu, dan Xubuntu semuanya adalah distro Linux yang mempunyai asas yang sama, menggunakan sofwer respositories yang sama dan versi yang sama antara satu dengan lainnya. Apa yang membezakan kebanyakannya adalah pada paparan antaramuka pengguna (user interfaces) ataupun persekitaran komputer meja (desktop enviroment) dan aplikasi yang ditetapkan/disertakan (default program).

Ubuntu menggunakan paparan antaramuka atau persekitaran komputer meja yang dipanggil sebagai Gnome. Ianya menfokuskan persekitaran komputer meja yang ringkas dan mudah. Padanya disertakan beberapa aplikasi yang dikategorikan/diistilahkan sebagai Gnome-native applications, antaranya Rhythmbox (music player), Sound Juicer (CD player and ripper), Evolution (email client and calendar), Gedit (text editor) dan bermacam lagi.

Klik disini (http://packages.ubuntu.com/karmic/ubuntu-desktop) untuk mengetahui lebih detil lagi akan senarai pakej sofwer yang disertakan dalam Ubuntu Karmic Koala.
(Site Rasmi Ubuntu - http://www.ubuntu.com)

Kubuntu pula menggunakan persekitaran komputer meja K (K Desktop Environment) juga dipanggil dengan ringkasan KDE. Paparan antaramuka KDE kurang lebih menyerupai persekitaran komputer meja berasaskan Macintosh dan MS Windows. Antara aplikasi (KDE-native applications) yang disertakan dalam Kubuntu adalah AmaroK (music player), K3B (CD burning), Konqueror (web browser and file manager), Kopete (instant messenger) dan bermacam lagi.

Klik disini (http://packages.ubuntu.com/karmic/kubuntu-desktop) untuk mengetahui lebih detil lagi akan senarai pakej sofwer yang disertakan dalam Kubuntu Karmic Koala.
(Site Rasmi Kubuntu - http://www.kubuntu.org)

Xubuntu menggunakan Xfce Desktop Enviroment, yang mana ianya lebih ringan dari Gnome dan KDE. Tujuan utamanya adalah untuk membantu bagi kepantasan/kecepatan yang sesuai digunakan pada sistem yang hanya mempunyai 128 ke 256 MiB RAM. Walau macamana pun, bagi yang mempunyai komputer berkonfigurasi tinggi adalah tidak dihalang untuk menggunakan Xubuntu. Pada Xubuntu disertakan aplikasi seperti Thunar (file manager), Thunderbird (email client), Mousepad (text editor) dan bermacam lagi.

Klik disini (http://packages.ubuntu.com/karmic/xubuntu-desktop) untuk mengetahui lebih detil lagi akan senarai pakej sofwer yang disertakan dalam Xubuntu Karmic Koala.
(Site Rasmi Xubuntu - http://www.xubuntu.org/)

Ubuntu dan Kubuntu, walaupun boleh dijalankan pada komputer yang mempunyai 256 Mib RAM ataupun yang dicadangkan 384 MiB RAM, tetapi ianya adalah lebih ideal bagi komputer yang mempunyai 512 MiB RAM ke atas.

0 ulasan:

Catat Ulasan