Isnin, Oktober 26, 2009

Hidupkan PC Lama Dengan Xubuntu

Melihat kepada perkembangan teknologi komputer yang begitu pesat dan cepat, telah mengakibatkan komputer lama semakin jauh terpinggir dan dilupakan. Malahan komputer yang baru dibeli beberapa bulan yang lepas pun sudah terasa semakin tertinggal kebelakang. Kekelutan ini ditambah lagi dengan kemunculan Sistem Pengoperasian Komputer berbayar terkini yang sudah pastinya mengkehendaki penggunanya menggunakan komputer yang mempunyai konfigurasi tinggi.

Pada pandangan saya Ubuntu Linux adalah nadi dan penyelamat bagi pemilik komputer lama mahupun yang berkonfigurasi rendah. Dan ini bertepatan dengan makna juga slogan Ubuntu "Humanity to others" / "Kemanusiaan Untuk Semua". Ubuntu memberikan peluang kepada pengguna bukan sahaja menjalankan komputer lama mereka malahan sama-sama menggunakan sistem pengoperasian terkini. Pada 29 Oktober ini Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala akan dilancarkan dan ianya adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa pun.

Bagi pemilik komputer lama jangan biarkan ianya terbiar begitu sahaja, pasangkan padanya Xubuntu. Xubuntu adalah distro Linux yang mempunyai asas yang sama dengan Ubuntu, menggunakan sofwer respositories yang sama dan versi yang sama antara satu dengan lainnya. Ianya menggunakan Xfce Desktop Enviroment, yang mana lebih ringan dari Gnome dan KDE. Sila rujuk entri Perbezaan antara Ubuntu, Kubuntu dan Xubuntu untuk keterangannya atau layari laman web rasmi Xubuntu di http://www.xubuntu.org bagi keterangan yang lebih detil mengenai Xubuntu.

Xubuntu bukan sahaja popular digunakan oleh pemilik komputer berkonfigurasi rendah, malahan juga ramai pengguna yang memiliki komputer berkonfigurasi tinggi menggunakannya dengan tujuan tertumpu untuk kecepatan dalam berkomputer. Walaupun Ubuntu itu sendiri sudah cepat/laju, tetapi bagi yang berkehendakan kecepatan yang maksima dan tidak memerlukan efek 3d atau seumpamanya, Xubuntu menjadi pilihan.

0 ulasan:

Catat Ulasan