Rabu, Januari 27, 2010

Membuang Linux Kernal Lama Dalam Menu GRUB Loader

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali Ubuntu meninggkat taraf Linux Kernal yang digunakan, Linux Kernal yang lama akan masih disenaraikan dalam menu GRUB Loader. Contoh sepertimana di bawah:
"Ubuntu, Linux 2.6.31-16-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-16-generic (recovery mode)"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-15-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-15-generic (recovery mode)"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-14-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-14-generic (recovery mode)"
....dan seumpamanya.
Pengguna Ubuntu 9.10 boleh membuang Linux Kernal lama berkenaan dan secara automatik juga ianya akan dikeluarkan dari senarai dalam Menu GRUB. Caranya adalah menggunakan Synaptic Package Manager.

Sabtu, Januari 23, 2010

Memasang Software Melalui GetDeb Software Portal


Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Mac 2011 bertajuk Memasang Perisian Melalui GetDeb Software Portal.

Selasa, Januari 19, 2010

Memasang Repository Medibuntu


Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Mac 2011 bertajuk Menambah/Memasang Repository Medibuntu Pada Ubuntu.

Sabtu, Januari 16, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Alpha 2)

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Alpha 2 telah pun dirilis pada 14 Januari 2009 (15 Januari - Brunei). Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat dalam rilis berkenaan adalah;
  1. Utiliti dari Red Hat iaitu Plymouth Graphical Boot Manager telah menggantikan Usplash.
  2. Nvidia proprietary video driver 190.53 dan Likewise Open versi 5.4 adalah juga antara yang dimuatkan dalam versi Alpha 2 ini.
  3. Pakej-pakej kernel Linux telah ditingkatkan ke versi 2.6.32-10.14.
  4. Persekitaran meja komputer GNOME juga telah ditingkatkan ke versi 2.29.4 yang membawa ciri baru terutama pada Nautilus, yang mana mempunyai fungsi panel berkembar yang disebut sebagai Extra Pane.

Rabu, Januari 13, 2010

Memasang Pakej Melalui Ubuntu Synaptic Package Manager


Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Mac 2011 bertajuk Memasang Pakej/Perisian Melalui Synaptic Package Manager.

Sabtu, Januari 09, 2010

Memasang Pakej/Sofwer Melalui Terminal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terminal adalah merupakan alatan yang paling berkuasa dalam mana-mana sistem Linux. Bagi pengguna baru Ubuntu, perlu mengetahui dan mempelajari untuk menggunakannya. Walaupun pada Ubuntu tersedia alatan mudah GUI bagi pemasangan sofwer, namun penggunaan terminal ada ketikanya sangat diperlukan dan tidaklah sesukar mana yang disangkakan.

Proses pemasangan sofwer melalui terminal adalah menggunakan kata arahan "sudo apt-get install", atau "sudo aptitude install" dan proses membuang (uninstall) pula ialah "sudo apt-get remove".

Sebagai contoh; untuk memasang sofwer playonlinux, pengguna hendaklah menaipkan arahan seperti di bawah;

user1@mypc:~$ sudo apt-get playonlinux

Rabu, Januari 06, 2010

Network Connections Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk membuat penyambungan ke internet dalam Ubuntu, ianya amatlah mudah dan ringkas. Apa yang penting biskita mempunyai akaun internet seperti e-Speed (Brunei). Untuk tujuan itu sila ikuti cara membuat penyambungannya sebagaimana contoh di bawah:-

1. Wireless:
a. Right-click ikon Network Connection yang ada pada panel sebelah atas-kanan, kemudian pastikan check-box Enable Network dan Enable Wireless di tik (contoh gambar bawah).



b. Left-click kembali ikon Network Connection dan pilih Connect to Hidden Wireless Network (bagi SSID yang tidak di broadcast) ataupun Create New Wireless Network.

Isnin, Januari 04, 2010

Memasang Wine Versi Development Release


Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011

Sabtu, Januari 02, 2010

Mengubah Kata Laluan Pengguna Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam saya telah ditanyakan oleh rakan pengguna baru Ubuntu mengenai cara untuk menukar/mengubah kata laluan (password) dalam Ubuntu 9.10 Karmic Koala yang digunakannya. Untuk itu di sini dikongsikan bersama cara macamana menukar kata laluan pengguna dalam Ubuntu.

1. Cara pertama dan yang mudah adalah melalui alatan About Me. Ianya boleh dibuka daripada menu System > Preferences > About Me.
Apabila tetingkap About Me dipaparkan (gambar bawah), klik butang Change Password yang terletak di sebelah atas-kanan.

Jumaat, Januari 01, 2010

Selamat Tahun Baru Masehi 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tahun 2010 telah tiba. Dikesempatan ini Ubuntu Brunei mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2010 kepada pembaca dan pengunjung Blog Ubuntu Brunei. Semoga ketibaan tahun baru ini akan mengubah sikap kita untuk tidak berterusan menggunakan sofwer-sofwer HARAM cetak rompak dan yang di crack. Katakan NDA pada sofwer HARAM bagi keberkatan kerja yang dihasilkan.