Sabtu, Mac 05, 2011

Memasang Pakej/Perisian Melalui Synaptic Package Manager

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara alatan lain yang digunakan untuk memasang mahupun membuang pakej/perisian dalam Ubuntu, adalah Synaptic Package Manager. Daripadanya pengguna boleh mencari, memasang, membuang, menkonfigurasi, atau meningkatkan pakej/perisian mahupun sistem Ubuntu. Menggunakan alatan ini perlu berhati-hati terutama apabila hendak membuang pakej yang ada, kerana jika tersalah/tersilap buang, akan menyebabkan kerosakan pada sistem Ubuntu.

Synaptic Package Manager boleh dibuka melalui menu System > Administration > Synaptic Package Manager.


Sebelum dapat memasuki ke Synaptic Package Manager, tetingkap Enter your password to perform the administrative task akan dipaparkan, biskita dikehendaki menaipkan kata laluan biskita sebelum meneruskannya.

Keterangan ringkas menggunakan Synaptic Package Manager:

Berpandukan contoh imej di sebelah kanan, pengguna boleh menggunakan Quick search bagi mencari dan menyenaraikan pakej/perisian yang dikehendaki. Ataupun dengan cara menklik senarai kategori yang ada di ruang sebelah kiri untuk menyenaraikan pakej yang ada. Keterangan setiap pakej/perisian yang dipilih untuk dipasang mahupun untuk dibuang akan dipaparkan pada ruang keterangan yang ada di sebelah bawah-kanan.

Untuk memasang pakej/perisian yang dipilih, klik check box yang ada atau pun klik butang kanan tetikus pada pakej/perisian berkenaan dan pilih Mark for installation (atau klik butang Mark for Removal untuk membuang). Jika dipaparkan tetingkap Mark additional required changes? (tertakluk kepada jenis pakej/perisian yang hendak dipasang), klik butang Mark untuk meneruskan. (Contoh imej di bawah)

   

Setelah itu, tekan butang Apply yang terletak di ruangan shortcut/button bar Synaptic Package Manager. (Contoh imej di bawah)


Apabila dipaparkan tetingkap Summary iaitu sebagai pengesahan untuk meneruskan pemasangan pakej/perisian yang dipilih, tekan butang Apply untuk meneruskannya. (Contoh imej di bawah)


Kerja selanjutnya akan diuruskan oleh Ubuntu. Setelah selesai tutup tetingkap Synaptic Package Manager (contoh imej di bawah).

   

   

Pakej/perisian yang selesai dipasang akan disenaraikan dalam menu Applications ataupun System, tertakluk dan bergantung kepada jenis pakej/perisian yang biskita pasang.


[Kemaskini bagi catatan bertajuk Memasang Pakej Melalui Ubuntu Synaptic Package Manager (Januari, 2010)]

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan