Sabtu, Mac 12, 2011

Memasang Perisian Melalui GetDeb Software Portal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


GetDeb merupakan portal perisian yang memberikan kemudahan kepada pengguna Ubuntu versi terkini/semasa untuk mendapatkan ataupun memasang fail .deb bagi perisian percuma sumber terbuka terkini yang dirilis oleh pembangunnya. GetDeb akan membolehkan pengguna untuk memasang dan menggunakan perisian berkenaan lebih awal sebelum ianya disenaraikan/dimuatkan ke dalam repository rasmi yang mungkin akan memakan masa.

Untuk menggunakan kemudahan ini, ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal), taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah;
  2. Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat
    • sudo bash -c "echo 'deb http://archive.getdeb.net/ubuntu maverick-getdeb apps' >> /etc/apt/sources.list"
      bertujuan menambah/memasukkan repository GetDeb.

    • wget -q -O- http://archive.getdeb.net/getdeb-archive.key | sudo apt-key add -
      bertujuan untuk memasukkan kunci GPG untuk GetDeb.

    • sudo apt-get update
      bagi memeriksa dan mendapatkan kemaskini keseluruhan sistem.


    Ubuntu 10.04 Lucid Lynx
    • sudo bash -c "echo 'deb http://archive.getdeb.net/ubuntu lucid-getdeb apps' >> /etc/apt/sources.list"
      bertujuan menambah/memasukkan repository GetDeb.

    • wget -q -O- http://archive.getdeb.net/getdeb-archive.key | sudo apt-key add -
      bertujuan untuk memasukkan kunci GPG untuk GetDeb.

    • sudo apt-get update
      bagi memeriksa dan mendapatkan kemaskini keseluruhan sistem.

  3. Untuk memasang mana-mana perisian yang ada, biskita hendaklah melayari laman sesawang GetDeb di;


    Pengguna hanya perlu memilih aplikasi yang disenaraikan kemudian menekan pautan/butang Install Now yang ada pada setiap aplikasi berkenaan.
[Kemaskini bagi catatan bertajuk Memasang Software Melalui GetDeb Software Portal (Januari, 2010)]


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan