Isnin, Mac 14, 2011

Menambah/Memasang Repository Medibuntu Pada Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Medibuntu (Multimedia, Entertainment & Distractions In Ubuntu) merupakan gudang atau tempat penyimpanan pakej (Repository of Packages) yang tidak dimasukkan ke dalam distro Ubuntu atas sebab lesen hak cipta dan seumpamanya. Dengan Medibuntu membolehkan pengguna memasang aplikasi seperti Skype, RealPlayer, Google Earth, juga Plugin seperti libdvdcss2, w32codes dan seumpamanya.

Bagi pengguna Ubuntu yang berhajat menggunakan Repository Medibuntu, sila ikuti langkah pemasangannya di bawah;
  1. Buka Terminal (Aplications > Accessories > Terminal), taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah bagi menambah/memasukkan repository dan juga mengimport kunci GPG Medibuntu, seterusnya memeriksa dan mendapatkan pengemaskinian;

    • sudo wget --output-document=/etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list http://www.medibuntu.org/sources.list.d/$(lsb_release -cs).list && sudo apt-get --quiet update && sudo apt-get --yes --quiet --allow-unauthenticated install medibuntu-keyring && sudo apt-get --quiet update

  2. Setelah selesai Repository Medibuntu dimuatkan dalam Ubuntu, biskita bolehlah memasang pakej-pakej yang ada disenaraikan di http://packages.medibuntu.org/.
[Kemaskini bagi catatan bertajuk Memasang Repository Medibuntu (Januari, 2010)]


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan