Rabu, Mac 16, 2011

Perintah/Arahan Linux Yang Sering Digunakan Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menggunakan perintah/arahan dalam terminal untuk melaksanakan beberapa tugasan sememangnya tidak dapat dielakkan dalam Ubuntu. Setiap pengguna perlu melakukan dan mempelajarinya. Keadaan ini mungkin saja dianggap sukar dan tidak selesa oleh pengguna baru dengan alasan sukar, tidak biasa dan apa saja alasannya. Tetapi tahukah biskita bahawasanya penggunaan arahan tersebut akan lebih mempermudah dan mempercepatkan tugasan berbanding melakukannya secara GUI. Biskita tidaklah semestinya perlu menghafal akan setiap teks arahan yang ada, insya Allah semakin kerap biskita menggunakannya, ianya akan dapat terhafal sendirinya. Selain itu biskita juga boleh menyalin dan tampal (copy & paste) sahaja setiap teks arahan berkenaan ke dalam terminal.

Di sini disenaraikan beberapa perintah/arahan yang sering dan biasa digunakan oleh pengguna Ubuntu;

sudo apt-get update
Bertujuan untuk memeriksa dan mendapatkan kemaskini pakej, perisian serta keseluruhan sistem.

sudo apt-get upgrade
Bertujuan mengemaskini ataupun meningkat taraf pakej, perisian dan keseluruhan sistem.

sudo apt-get install nama_pakej/perisian
Bertujuan untuk memasang pakej/perisian.

sudo apt-get remove nama_pakej/perisian
Digunakan untuk membuang pakej/perisian.

aptitude show nama_pakej/perisian
Mencari atau memastikan pakej/perisian yang dikehendaki ada terdapat.

sudo apt-add-repository ppa:user/ppa-name
Memasukkan repository PPA beserta kekunci GPG sesebuah pakej/perisian ke dalam Ubuntu

sudo apt-get autoremove
Membuang/memadam pakej-pakej yang tidak lagi diperlukan

ifconfig
Melihat maklumat rangkaian

iwconfig
Melihat maklumat rangkaian wayarles

uname -r
Melihat/menyemak versi kernal yang dipasang/digunakan

lsb_release -a
Melihat/menyemak versi Ubuntu yang digunakan/dipasang

Untuk mengetahui perintah lainnya, biskita boleh membuat rujukan samada melalui manpages (manual pages) atau mempelajarinya di LinuxCommand.org, Linux Survival juga di GNU/Linux Commands. Ada terdapat banyak lagi sumber rujukan di internet yang boleh biskita cari menggunakan google.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan