Rabu, Mac 30, 2011

Majalah Elektronik Sumbu dan Edaran Sabily

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

     

Dua buah majalah elektronik sumber terbuka berbahasa Melayu dengan jayanya telah diterbitkan dan dilancarkan di sekitar bulan Mac 2011 ini oleh pengguna sumber terbuka negara jiran Malaysia. Dengan terhasilnya majalah berkenaan akan menambahkan lagi koleksi bahan bacaan juga sumber rujukan khususnya kepada pengguna berbangsa Melayu;
  • Majalah Sumbu; terbitan JomLinux Malaysia yang bermatlamatkan memberikan pendedahan serta perkongsian maklumat tentang perisian bebas dan sumber terbuka. Ianya telah dilancarkan pada 28 Mac 2011 lepas dan akan diterbitkan setiap bulan.

    Pada keluaran sulung Majalah Sumbu ini, antara yang dimuatkan adalah;

    • Wacana: Mengenai Linux, Apakah itu lesen GNU/GPL?
    • Tip & Trik: Sambungan Modem Broadband 3G, Arahan Popular Fedora
    • Reviu & Tutorial: SSH Auto Login, Fedora
    • Bebas: Pencarian Distro Yang Sesuai, Temubual Pengasas Jomlinux

  • Majalah Edaran Sabily; terbitan Kumpulan Sabily Malaysia yang mengandungi informasi mengenai sistem pengoperasian komputer sumber terbuka Sabily. Majalah ini telah dilancarkan pada 16 Mac 2011 lepas dan akan diterbitkan setiap dua bulan sekali.

    Antara kandungan yang dimuatkan pada keluarannya yang pertama ini adalah;

    • Pengenalan kepada Majalah Edaran Sabily
    • Pengenalan Sistem Operasi Sabily
    • Sesi Pengaturcaraan
    • Perisian - Minbar, pengingat waktu Solat
    • Laman web rasmi Sabily.org
    • Forum - Sabily 10.10 Al-Quds
    • Testimoni - Editor dan Sabily
    • Berita: Pelancaran Projek Rembu, Bengkel Distro dari Malaysia, Sabily 11.04
Biskita boleh mendapatkan majalah tersebut secara percuma di http://www.gumuu.com/jomlinux/p/qxqv (Majalah Sumbu) dan di http://sabi.ly/f/Ze4s5 (Majalah Edaran Sabily).


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

1 ulasan:

yogieza berkata...

minta izin mengunduh ebooknya yah :D

Catat Ulasan