Khamis, Mac 03, 2011

Mengatasi Masalah Launchpad PPA GPG Keys Error

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam Ubuntu, perkara yang biasa dilakukan untuk memasang sesebuah perisian akan juga melibatkan penggunaan Launchpad PPA (Personal Package Archives) dan juga kunci GPG (Gnu Privacy Guard).

Akan tetapi ada ketikanya semasa melaksanakan semakan bagi mendapatkan pengemaskinian sistem dan perisian (apt-get update), pengguna akan pernah berdepan dengan kehilangan/kegagalan kunci GPG yang diimport (sepertimana contoh paparan di bawah). Keadaan ini mungkin disebabkan Keyserver Ubuntu tidak berfungsi/down atau sekatan firewall dan seumpamanya.
W: GPG error: http://ppa.launchpad.net lucid Release: The
following signatures couldn't be verified because the
public key is not available: NO_PUBKEY 5A9BF3BB4E5E17B5
W: GPG error: http://ppa.launchpad.net lucid Release: The
following signatures couldn't be verified because the
public key is not available: NO_PUBKEY 3B22AB97AF1CDFA9
W: You may want to run apt-get update to correct these
problems
Untuk mengatasi masalah berkenaan, biskita boleh menggunakan Launchpad-Getkey. Ianya boleh dipasang melalui Terminal (Applications > Accessiories > Terminal) dengan menaipkan arahan di bawah;
  • sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
    bertujuan menambah/memasukkan repository bagi PPA dan juga mengimport kunci GPG Launchpad-Getkey.

  • sudo apt-get update
    bertujuan untuk membuat semakan dan mendapatkan pengemaskinian.

  • sudo apt-get install launchpad-getkeys
    bertujuan untuk pemasangan Launchpad-Getkey ke dalam Ubuntu.
Untuk menggunakan Launchpad-Getkey, melalui terminal taipkan arahan di bawah;
  • sudo launchpad-getkeys

  • sudo apt-get update

    setelah selesai Ubuntu membuat semakan bagi pengemaskinian sistem dan perisian, kegagalan kunci GPG seperti contoh di atas tadi akan diatasi.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan