Isnin, Mac 21, 2011

Memasang Cairo-Dock/GLX-Dock Pada Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cairo-Dock/GLX-Dock adalah bar animasi bagi memudah dan mempercepat untuk melancar/membuka sesebuah aplikasi dalam Ubuntu. Padanya terletak ikon-ikon pintas/shortcuts aplikasi yang boleh diubahsuai, ditambah atau dikeluarkan mengikut kehendak dan keperluan pengguna.


Untuk memasang Cairo-Dock ke dalam Ubuntu, sila ikuti cara dan langkah di bawah:
  1. Buka Terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.

  2. Taipkan atau salin & tampal (copy and paste) arahan di bawah ke dalam Terminal.
    • echo "deb http://repository.glx-dock.org/ubuntu $(lsb_release -sc) cairo-dock" | sudo tee -a /etc/apt/sources.list

    • wget -q http://repository.glx-dock.org/cairo-dock.gpg -O- | sudo apt-key add -

    • sudo apt-get update

    • sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins
  3. Setelah selesai pemasangan Cairo-Dock dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Terminal. Cairo-Dock boleh dibuka melalui menu Applications > System Tools > Cairo-Dock (no OpenGL) atau GLX-Dock (Cairo-Dock with OpenGL)
Untuk keterangan lanjut dan cara menggunakan Cairo-Dock/GLX-Dock sila layari http://www.glx-dock.org/

[Kemaskini bagi catatan bertajuk Memasang Cairo-Dock Dalam Ubuntu (Oktober, 2009 & Mei, 2010)]


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan