Khamis, Mac 10, 2011

Mengemaskini Sistem Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara hal penting yang mesti diberikan perhatian oleh pengguna Ubuntu adalah memastikan sistem Ubuntu yang digunakan akan berterusan dikemaskini bagi menjamin keselamatan dan kestabilannya. Walaupun pengemaskinian berkenaan secara lalai/default dilaksanakan secara automatik, namun pengguna digalakkan juga untuk melakukannya secara manual. Untuk tujuan tersebut, sila ikuti cara dan langkah di bawah;

1. Buka Update Manager daripada menu System > Administration > Update Manager.



2. Apabila dipaparkan tetingkap Update Manager (contoh imej di bawah), klik butang Check untuk memeriksa/menyemak bagi mendapatkan kemaskini perisian juga keseluruhan sistem Ubuntu.

->

3. Sebelum Ubuntu dapat meneruskan pengemaskinian, tetingkap Enter your password to perform the administrative task akan dipaparkan. Taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan. (contoh imej di bawah)

->

4. Setiap kemaskini baru samada untuk perisian mahupun sistem Ubuntu, akan dipapar dan disenaraikan terlebih dahulu pada tetingkap Update manager (seperti contoh imej di bawah) sebelum ianya dipasang. Untuk mengetahui keterangan kemaskini yang ada, klik anak panah ataupun teks Description of update; Dan untuk meneruskan pemasangannya, klik butang Install Updates.

->

5. Kerja seterusnya akan dilaksanakan oleh Ubuntu sehinggalah selesai. (Contoh imej di bawah)

->



6. Setelah selesai pengemaskinian dilaksanakan, biskita bolehlah menuntup tetingkap Update Manager. Atau mula semula (restart) komputer jika dikehendaki.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan