Rabu, Mac 23, 2011

Meningkat Taraf Mozilla Firefox Versi 4.0 Pada Ubuntu 10.04 & 10.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sepertimana yang sudah kita sama-sama ketahui bahawa Firefox versi 4.0 telah pun dilancarkan dan ianya juga akan menjadi pelayar web lalai/default untuk Ubuntu versi 11.04 yang akan dilancarkan pada bulan April 2011 akan datang. Bagi pengguna Ubuntu versi 10.04 dan 10.10 yang berhajat untuk meningkat taraf Firefox yang sedia ada ke versi 4.0 berkenaan bolehlah mengikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka Terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.

  2. Taipkan atau salin & tampal (copy and paste) arahan di bawah ke dalam Terminal.
    • sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-stable

    • sudo apt-get update

    • sudo apt-get upgrade
  3. Setelah selesai pemasangan Firefox 4.0 dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Terminal. Seterusnya biskita bolehlah melancarkan dan menggunakan Firefox 4.0 seperti biasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri/feature Firefox versi 4.0 berkenaan, sila layari http://www.mozilla.com/en-US/firefox/features/


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan