Rabu, Mac 09, 2011

Kekunci Pintas Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan keterbiasaan kita menggunakan tetikus, penggunaan kekunci pintas (shortcut keys) untuk melaksanakan beberapa perintah/arahan amat kurang digunakan oleh sebahagian pengguna. Kekunci pintas sememangnya sangat membantu dalam beberapa keadaan dan ianya juga dapat mempercepat untuk melaksanakan sesuatu. Di antara yang sering digunakan dalam Ubuntu adalah;

Alt+F1
Membuka menu Applications.

Alt+F2
Membuka alatan/aplikasi Run Application.

Alt+F4
Menutup tetingkap aplikasi yang sedang kita bekerja/berurusan.

Alt+F5
Mengembalikan saiz tetingkap aplikasi yang dibuka secara maksimum ke saiz sebelumnya.

Alt+F7
Memindah tetingkap aplikasi yang sedang kita bekerja/berurusan ke kawasan mahupun ruang kerja (workspace) yang lain.

Nota: Selepas menekan kekunci Alt+F7, gunakan kekunci anak panah (Arrow Keys) untuk bergerak.

Alt+F8
Mengubah saiz tetingkap aplikasi yang sedang kita bekerja/berurusan.

Nota: Selepas menekan kekunci Alt+F8, gunakan kekunci anak panah untuk mengubah saiz.

Alt+F9
Meminimumkan (menurunkan ke panel bawah) tetingkap aplikasi yang sedang kita bekerja/berurusan.

Alt+F10
Memaksimumkan saiz tetingkap aplikasi yang sedang kita bekerja/berurusan. Juga digunakan untuk mengembalikan semula ke saiz sebelumnya.

Alt+Tab
Bertukar/berpindah di antara tetingkap aplikasi yang dibuka pada ruang kerja yang sedang kita berada.

Ctrl+Alt+D
Meminimumkan (menurunkan ke panel bawah) kesemua tetingkap aplikasi yang dibuka/dijalankan. Juga digunakan untuk menayangkan/membuka kembali kesemua tetingkap aplikasi yang telah diminimumkan.

Ctrl+Alt+L
Mengunci skrin.

Print Screen
Menangkap/merakam imej atas meja (desktop).

Alt+Print Screen
Menangkap/merakam imej tetingkap aplikasi yang sedang kita bekerja/berurusan.

Ctrl+Alt+Arrow keys
Berpindah/beralih ke ruang kerja yang berlainan.

Ctrl+Alt+Tab
Bertukar/berpindah di antara tetingkap aplikasi yang dibuka pada ruang kerja berlainan.

Shift+Ctrl+Alt+Arrow keys
Memindah tetingkap aplikasi yang sedang kita bekerja/berurusan ke ruang kerja yang berlainan.

Shift+Ctrl+Delete
Mula semula (restart) atau menutup (shut down) komputer; Akan dipaparkan tetingkap Shut Down Computer yang mengandungi pilihan Shut Down, Restart, Suspend dan Hibernate;

Nota: jika tidak ada respon dari pengguna untuk membuat pilihan senarai yang ada, komputer akan ditutup dalam tempoh masa 60 saat.

Ctrl+N
Membuat dokumen atau membuka tetingkap baru.

Ctrl+X
Memotong teks yang dipilih/ditanda dan menyimpannya ke papan klip (clipboard).

Ctrl+C
Menyalin teks yang dipilih/ditanda ke dalam papan klip.

Ctrl+V
Menampal kandungan papan klip ke dalam dokumen.

Ctrl+Z
Membatalkan tindakan/arahan dan berbalik kepada sebelumnya.

Ctrl+S
Menyimpan dokumen ke dalam cakera.

F1
Membuka dokumen bantuan/pertolongan sesebuah aplikasi.

Esc
Menutup menu atau membatalkan operasi.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan