Sabtu, Mac 19, 2011

Memasang Shotwell Pada Ubuntu 10.04 (LTS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sepertimana yang sudah sedia maklum, bermula pada versi Ubuntu 10.10 F-Spot Photo Manager telah digantikan dengan Shotwell. Bagi pengguna Ubuntu versi 10.04 (LTS) akan kekal menggunakan F-Spot atau hanya boleh memasang Shotwell versi 0.7.2. Atas sebab ketiadaan PPA Shotwell untuk Ubuntu 10.04, telah menyebabkan pengemaskinian bagi menaik taraf ke versi terkini/terbaharu (0.8.1) tidak dapat dilaksanakan secara automatik. Walau macamana pun kini dengan adanya usaha Martin Wimpress yang telah bekerja keras untuk penyediaan PPA Shotwell Ubuntu 10.04 telah membolehkan pengguna Ubuntu 10.04 memasang serta meningkat taraf Shotwell versi terkini 0.8.1.

Bagi pengguna Ubuntu versi 10.04 (LTS) yang berkeinginan untuk memasang Shotwell versi 0.8.1 bolehlah mengikuti cara dan langkah sepertimana di bawah;
  1. Buka terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.

    ->

  2. Taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah;

    • sudo apt-add-repository ppa:yorba/ppa

    • sudo apt-add-repository ppa:flexiondotorg/shotwell

    • sudo apt-get update

    • sudo apt-get install shotwell

  3. Setelah selesai pemasangan Shotwell dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Terminal. Shotwell boleh dibuka melalui menu Applications > Graphics > Shotwell Photo Manager.



Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan