Isnin, Mac 07, 2011

Membuat Fail Zip Ataupun Tar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadangkala untuk mengongsikan apa jua fail, ada ketikanya pengguna memerlukan ianya dimampatkan ke format fail Zip ataupun Tar. Hal ini sangat mudah dilakukan dalam Ubuntu. Untuk tujuan tersebut sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka Home folder daripada menu Places dan dan pergi ke folder/direktori dimana fail yang hendak dimampatkan tersebut disimpan.



  2. Pilih/tandakan fail (atau folder/direktori) yang hendak dimampatkan dengan menklik butang kiri tetikus pada fail berkenaan, kemudian buka alatan Compress daripada menu Edit > Compress; Atau klik kanan tetikus pada fail berkenaan untuk menayangkan menu konteks (context menu) atau menu timbul (pop-up menu) dan pilih Compress. (Contoh imej di bawah)

       



    Nota: Untuk memilih/menandakan beberapa jumlah fail, tekan kekunci Ctrl sambil menklik butang kiri tetikus pada fail-fail yang dikehendaki.

  3. Keterangan ringkas menggunakan alatan Compress berpandukan contoh imej di bawah;


    Pada kotak Filename: taipkan nama untuk fail yang dimampatkan berkenaan. Pada kotak sambungan/extension fail, pilih format fail yang dikehendaki, samada .zip atau .tar atau seumpamanya. Pada ruang Location: pula, adalah untuk menentukan/memilih di mana fail berkenaan hendak disimpan. Dan pada kotak Password: adalah untuk memberi dan menaipakan kata laluan pada fail yang dimampatkan tersebut.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan