Selasa, Mac 01, 2011

Memasang Perisian Melalui Ubuntu Software Center

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu Software Center, adalah alatan yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari, memasang mahupun membuang perisian. Pengguna hanya perlu menklik butang Install atau Remove sahaja, dan hal selanjutnya akan diurus oleh Ubuntu sehingga selesai.

Ubuntu Software Center boleh dibuka daripada menu Application > Ubuntu Software Center.

Pada paparan tetingkap Ubuntu Software Center (contoh imej di sebelah kiri), biskita boleh menggunakan kotak carian yang terdapat di sebelah atas kanan untuk mencari dan menyenaraikan perisian yang dikehendaki. Ataupun, menklik pada mana-mana kategori yang ada di ruangan Departments untuk menyenaraikan perisian yang terdapat dalamnya. Selain itu, biskita juga boleh menklik butang Featured Software untuk menyenaraikan perisian pilihan yang direkomen oleh Ubuntu.

Untuk memasang perisian yang disenaraikan, pilih dan klik perisian yang dikehendaki kemudian klik butang Install. Atau, biskita juga boleh menklik butang More Info untuk memaparkan ringkasan keterangan perisian berkenaan sebelum memasangnya. (Contoh imej di bawah)

->

Apabila dipaparkan tetingkap Authenticate, taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan. Seterusnya Ubuntu akan menguruskan pemasangan perisian tersebut. (Contoh imej di bawah)

->

Setelah selesai, akan dipaparkan kembali keterangan ringkas mengenai perisian yang telah dipasang (contoh imej di bawah). Biskita juga boleh membuang/uninstall perisian tersebut mahupun perisian lain yang telah dipasang, hanya dengan menekan butang Remove yang disediakan.


Perisian yang selesai dipasang akan disenaraikan dalam menu Applications ataupun System, tertakluk kepada jenis perisian yang biskita pasang.


[Catatan ini adalah kemaskini bagi catatan bertajuk Memasang Sofwer Melalui Ubuntu Software Center (Disember, 2009)]

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan