Isnin, Februari 28, 2011

Memasang Trading Terminal MetaTrader 4 Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dikongsikan cara pemasangan Trading Terminal MetaTrader 4 ke dalam Ubuntu sepertimana langkah di bawah:-
  1. Pasang terlebih dahulu Wine versi 1.3+ (Development release). Cara memasang Wine boleh dirujuk pada catatan bertajuk Memasang Wine Dalam Ubuntu

  2. Selepas itu, lakukan perkara berikut:

    • Muat turun fail mtrader-wine.zip (fail-fail fon dan dll window$) kemudian ekstrak (extract) fail tersebut.
    • Salin semua fail yang ada dalam folder windows/fonts ke folder /home/YOUR-USERNAME/.wine/dosdevices/c:/windows/Fonts
    • Salin semua fail DLL yang ada dalam folder windows/system32 ke folder /home/YOUR-USERNAME/.wine/dosdevices/c:/windows/system32

    Nota: Folder/fail yang dipermulaan namanya ada . seperti .wine, adalah folder tersembunyi (hidden). Untuk menayangkan folder/fail berkenaan ketika menggunakan Nautilus, tekan gabungan kekunci Ctrl + h atau; pada menu bar Nautilus pilih View dan pilih Show All Hidden Files.

  3. Muat turun fail fx4setup.exe (Trading Terminal Metatrader 4).

  4. Pasang Trading Terminal Metatrader 4 melalui Wine. Cara memasang aplikasi window$ menggunakan Wine boleh dirujuk pada catatan bertajuk Memasang Wine Dalam Ubuntu.

  5. Setelah selesai pemasangannya. MetaTrader boleh dibuka daripada Applications > Wine > Programs > MetaTrader - FXOpen > MetaTrader - FXOpen.
[Catatan ini adalah kemaskini bagi catatan bertajuk Memasang Meta Trader Dalam Ubuntu (Oktober 2009)]

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei

0 ulasan:

Catat Ulasan