Selasa, Februari 08, 2011

Cara Mendapatkan CD Ubuntu Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sistem pengoperasian Ubuntu adalah percuma untuk dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Ubuntu tidak memerlukan untuk biskita membayar lesen penggunaannya, ianya boleh didapati dengan beberapa cara, iaitu:-
  1. Memuat turun fail .iso Ubuntu secara terus dari laman web rasmi Ubuntu di http://www.ubuntu.com/desktop/get-ubuntu/download.

    Cara ini memerlukan masa yang agak lama bergantung kepada kecepatan dan kesetabilan talian internet biskita. Kerana fail .iso Ubuntu bersaiz kurang lebih 700 MB.

  2. Jika sekiranya kecepatan talian internet biskita tidak mengizinkan, biskita bolehlah memuat turunnya dengan alternatif menggunakan rangkaian peer-to-peer atau dikenali sebagai BitTorrent. Untuk tujuan ini, diperlukan memasang terlebih dahulu BitTorrent Client seperti Transmission atau µTorrent

    Torrent adalah perisian untuk memuat turun fail yang bersaiz besar secara kaedah perkongsian; dengannya akan lebih mudah dan cepat berbanding memuat turun secara terus dari internet.

  3. Membuat tempahan CD Ubuntu percuma dari laman web Ubuntu Shipit di https://shipit.ubuntu.com/. Dalam beberapa minggu selepas membuat tempahan, Canonical Ltd akan menghantarnya secara percuma ke alamat rumah biskita.

  4. Berkongsi untuk menggunakan atau menyalin CD Ubuntu daripada rakan-rakan yang telah memilikinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan