Isnin, Februari 07, 2011

Ubuntu + Window$ = Dual-Boot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu adalah sebuah sistem pengoperasian yang hebat. Kecepatannya untuk boot memang tidak dinafikan. Selain itu, untuk melakukan instalasi apa sahaja aplikasi dalam Ubuntu amat mudah sekali dengan hanya menekan satu butang sahaja; tidak ada istilah double-click - next - next - & next. Dan yang paling penting sekali adalah Ubuntu percuma dan ianya disokong oleh beribu sofwer-sofwer sumbar terbuka yang juga percuma untuk digunakan dalam Ubuntu.

Tidakah biskita ingin mencuba menggunakan sistem pengoperasian Ubuntu yang hebat ini? Jika biskita adalah pengguna Window$, biskita tidak perlu untuk terus meninggalkan Window$. Ubuntu boleh dipasang secara dual-boot dengan Window$. Dual-boot adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan keadaan apabila sesebuah komputer mempunyai dua sistem pengoperasian di dalamnya.

Dengan pemasangan Ubuntu secara dual-boot akan memberikan kelebihan kepada biskita untuk dapat terus menggunakan Window$. Kebanyakkan pengguna akan memilih option dual-boot ini sebagai peringkat percubaan mereka sebelum melakukan perpindahan ke sistem pengoperasian Ubuntu sepenuhnya.

Biskita tidak perlu khawtir dan bimbang akan kaedah pemasangan Ubuntu secara dual-boot dengan Windows. Kerana pengguna memang boleh dan bebas memasang lebih dari satu sistem pengoperasian dalam komputer mereka. Ianya tidak akan menggangu kelancaran mana-mana sistem pengoperasian yang ada. Kaedah dual-boot bertindak sebagai perkongsian hardware dan bukannya sofwer.

Selepas Ubuntu terpasang dengan kaedah dual-boot, komputer biskita akan memberikan pilihan melalui satu paparan menu yang dipanggil GRUB Loader untuk masuk ke dalam salah satu dari sistem operasi, samada Window$ ataupun Ubuntu. Kaedah dual-boot ini juga sangat popular di kalangan pengguna yang masih lagi ingin menggunakan perisian tertentu yang hanya ada di dalam Window$.

0 ulasan:

Catat Ulasan