

Sepertimana yang sudah sedia dimaklumi, fon baru Ubuntu (contoh imej di atas) telah mula diperkenalkan dan gunapakai pada versi Ubuntu 10.04. Ianya bukan sahaja khusus untuk dipergunakan pada sistem Ubuntu, malahan juga dapat dipasang ke dalam sistem Window$. Selain itu juga boleh digunakan untuk laman web mahupun blog. Bagi yang berkeinginan menggunakannya sila ikuti cara dan langkah di bawah;
- Untuk memasang Ubuntu Font Family pada sistem Ubuntu, buka terminal melalui menu Applications > Accessories > Terminal dan taipkan arahan:
- Bagi pengguna Window$ yang berhajat menggunakan fon berkenaan, sila klik di sini untuk memuat turunnya.
- Untuk menggunakan fon tersebut pada laman web mahupun blog (sepertimana digunapakai dalam blog Ubuntu Brunei ini), sila kunjungi Google web fonts untuk keterangan mengenainya.
sudo apt-get install ttf-ubuntu-font-family
Sekian dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.
0 ulasan:
Catat Ulasan