Khamis, Februari 03, 2011

Kenapa Perlu Menggunakan Ubuntu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu adalah percuma dan akan sentiasa percuma dengan sumber terbuka (Open Source). Biskita boleh memuat turunnya dan dikongsi bersama rakan-rakan dan sesiapa saja tanpa perlu membayar lesen penggunaannya.

Selain itu, setiap 6 bulan Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaharunya yang sentiasa mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaharu dunia perisian percuma dan sumber terbuka khusus untuk komputer peribadi dan komputer pelayan (server). Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS (Long Term Support) iaitu sokongan jangka panjang untuk tempoh 3 tahun bagi komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Sehingga ke saat ini sudah 13 versi Ubuntu telah pun dirilis dan dikeluarkan, iaitu:-
  • Ubuntu 4.10 (Oct 2004) Code Name: Warty Warthog
  • Ubuntu 5.04 (Apr 2005) Code Name: Hoary Hedgehog
  • Ubuntu 5.10 (Oct 2005) Code Name: Breezy Badger
  • Ubuntu 6.06 (Jun 2006) Code Name: Dapper Drake
  • Ubuntu 6.10 (Oct 2006) Code Name: Edgy Eft
  • Ubuntu 7.04 (Apr 2007) Code Name: Feisty Fawn
  • Ubuntu 7.10 (Oct 2007) Code Name: Gutsy Gibbon
  • Ubuntu 8.04 (Apr 2008) Code Name: Hardy Heron
  • Ubuntu 8.10 (Okt 2008) Kod Nama: Intrepid Ibex
  • Ubuntu 9.04 (Apr 2009) Kod Nama: Jaunty Jackalope
  • Ubuntu 9.10 (Okt 2009) Kod Nama: Karmic Koala
  • Ubuntu 10.04 (Apr 2010) Kod Nama: Lucid Lynx
  • Ubuntu 10.10 (Okt 2010) Kod Nama: Maveric Merkat
Oleh yang demikian mengapa perlu mengeluarkan belanja bagi sebuah sistem pengoperasian komputer sedangkan ada alternatif untuk menggunakan sistem pengoperasian yang percuma. Ubuntu bukan sahaja sebagai sistem operasi malahan juga dilengkapi perisian pejabat, internet, rangkaian sosial, grafik, pemain muzik dan video, permainan komputer dan lainnya. Di samping itu, tersedia beribu senarai perisian alternatif percuma lain bagi menggantikan perisian berbayar yang ada, biskita hanya perlu menekan butang muat turun sahaja dan secara automatik perisian yang dikehendaki akan dipasang pada komputer biskita. Ribuan ringgit boleh dijimatkan hanya dengan keberanian biskita mencuba Ubuntu untuk menggantikan Window$.

Ubuntu adalah sistem pengoperasian lengkap yang ideal dan sesuai untuk komputer meja (Desktop), komputer riba (Notebook) dan komputer pelayan (server); Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan