Jumaat, Februari 11, 2011

Technical Support Untuk Pengguna Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk berpindah ke sistem pengoperasian yang baru, ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Setiap orang ada alasan kukuh tersendiri. Apatah lagi jika telah menggunakan Window$ bertahun-tahun lamanya, memang terlalu sukar bagi kita untuk melakukan kerja-kerja komputer tanpa Window$.

Saya akan berterusan berusaha mengajak sesiapa sahaja menggunakan Ubuntu. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai yang telah selesa dan pakar menggunakan Window$, tetapi insya Allah akan ada juga nanti pengguna Window$ yang akan mencuba menggunakan Ubuntu.

Sepertimana biskita, saya juga pengguna Window$ sejak dari versi 3.0 lagi. Malahan environment pekerjaan saya juga mengkehendaki saya menggunakan Window$. Tetapi semua itu tidak menghalang saya untuk menggunakan sistem pengoperasian lain terutama Ubuntu. Saya tidak mahu terikat pada penguasaan Window$. Ingin mencuba dan belajar bagi menguasai (Insya Allah) sistem pengoperasian Ubuntu merupakan keutamaan saya. Belajar dan terus belajar dalam apa bidang sekalipun tidak akan pernah merugikan kita.

Pengalaman saya, atas sebab tiadanya user group pengguna Ubuntu di Brunei menyebabkan kita menghadapi kesukaran bagi mendapatkan bantuan jika berdepan atau menghadapai permasalahan dalam penggunaan Ubuntu. Saya percaya ada terdapat ramai pengguna Ubuntu di Brunei, malahan kalangan mereka ini dikategorikan sebagai SIFU dalam ilmu Linux. Saya berkeyakinan yang pengguna Ubuntu juga Open Source di Brunei akan terus berkembang dan akan menonjol dengan User Group nya sendiri dalam tempoh terdekat ini.

Bagi yang hendak mencuba ataupun berpindah menggunakan Ubuntu, biskita tidak perlu takut, ragu dan khawtir, ada banyak bantuan (technical support) percuma boleh didapati melalui internet. Biskita boleh mendapatkan bantuan samada melalui forum, wiki, blog dan seumpamanya. Di laman web rasmi Ubuntu sendiri telah tersedia banyak rujukan untuk pengguna baru Ubuntu, antaranya seperti yang tersenarai di bawah;
selain itu, biskita juga boleh membuat rujukan dalam Bahasa Malaysia di;

Forum Ubuntu Malaysia - http://forums.ubuntu.com.my/
Wiki Ubuntu Malaysia - http://wiki.ubuntu.com.my/

Saya tidak pernah mengikut atau belajar Ubuntu secara formal. Saya bersendirian mempelajarinya tanpa kawan untuk merujuk dan mandapatkan bantuan. Internet merupakan pengantara untuk saya belajar dan membuat/mencari rujukan bagi menyelasaikan masalah yang bersanggkutan dengan Ubuntu. Diperingkat awal memanglah menghadapi kesukaran tetapi alhamdulillah segala kesukaran, kegagalan, kepayahan tidak membuatkan saya untuk meninggalkan Ubuntu. Try & Error merupakan teman karib yang sentiasa menemani pengguna Ubuntu :)

0 ulasan:

Catat Ulasan