Ahad, Februari 06, 2011

Konfigurasi Sistem Komputer Untuk Memasang Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika kita perhatikan perkembangan sistem pengoperasian Window$, setiap kali versi terbaharunya dikeluarkan, pasti komputer yang hendak menggunakannya dikehendaki berkeupayaan tinggi. Contohnya saja pada Window$ Vista, untuk menggunakannya sesebuah komputer itu hendaklah sekurang-kurangnya 1 GHz 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor, 512 MB of system memory, 20 GB hard drive with at least 15 GB of available space, Support for DirectX 9 graphics and 32 MB of graphics memory, DVD-ROM drive, Audio Output, Internet access.

Keadaan seumpama ini menyebabkan pengguna akan mengeluarkan belanja yang mungkin besar. Kerana bukan sahaja perlu membayar lesen penggunaan Window$, malahan berbelanja untuk menyediakan komputer. Jika tidak pun, berbelanja untuk meninggkat taraf (upgrade) komputer yang sedia ada. Selain itu, sofwer-sofwer yang digunakan dalam Window$ juga mungkin terpaksa di upgrade dan ada antaranya akan mengenakan caj tambahan kepada pengguna.

Bagi yang berkemampuan, situasi ini tidaklah menjadi penghalang dan masalah. Tetapi bagi yang tidak mampu, macamana? Macamana pula jika memiliki komputer lebih dari sebuah? Adakah biskita sanggup berbelanja untuk itu?

Ubuntu merupakan sebuah sistem pengoperasian yang tidak memerlukan konfigurasi komputer yang tinggi. Setiap kali versi terbaharu Ubuntu dikeluarkan, pasti komputer-komputer yang kemampuan rendah akan tetap terus boleh menggunakannya. Pengguna tidak akan merasa risau dan berbelanja besar, Ubuntu bukan sahaja percuma malahan sofwer-sofwer yang dijalankan dalam Ubuntu pun tidak memerlukan dibayar lesen penggunaannya. Semuanya percuma dan biskita boleh memasangnya ke seberapa banyak sekalipun komputer yang dimiliki.

Untuk menjalankan Ubuntu memerlukan kemampuan komputer seperti berikut:

Keperluan minima Ubuntu;
  • 300MHz x86 Processor
  • 64 MB memory (RAM)
  • 4 GB ruang hard disk
  • Kad grafik VGA berkebolehan resolusi 640x480
  • CD-ROM atau network card
Keperluan yang dicadangkan Ubuntu;
  • 700 MHz x86 processor
  • 384 MB memory (RAM)
  • 8 GB ruang hard disk
  • Kad grafik VGA berkebolehan resolusi 1024x768
  • CD/DVD-ROM dan Sound card
  • Network atau Internet connection
Keperluan yang dicadangkan Ubuntu (Efek Grafik);
  • 1.2GHz x86 Processor
  • 384 MB memory (RAM)
  • 8 GB ruang hard disk
  • CD/DVD-ROM dan Sound card
  • Network atau Internet connection
  • dan kad grafik yang disokong oleh Ubuntu.
Kebanyakkan kad grafik disokong oleh ubuntu untuk mengaktifkan kesan grafik yang dimaksudkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan