Selasa, Februari 22, 2011

Membuat Slide Untuk Latarbelakang Desktop Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

CreBS (Create Background Slideshow) merupakan alatan yang dengannya memudahkan pengguna membuat pertunjukan slide (Slideshow) gambar/imej untuk latarbelakang desktop Ubuntu. Melaluinya membolehkan pengguna memilih dan menentukan gambar mana yang hendak ditayangkan secara bertukar ganti mengikut masa yang ditetapkan.

Untuk memasang CreBS, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  • Buka terminal melalui menu Applications -> Accessories -> Terminal.

  • Taipkan teks arahan di bawah:-

    • sudo add-apt-repository ppa:crebs/ppa
    • sudo apt-get update
    • sudo apt-get install crebs

  • Setelas selesai pemasangannya, CreBS boleh dibuka melalui System –> Preferences –> Create Background Slideshow.


Ringkasan keterangan menggunakan CreBS berpandukan contoh imej di atas.
  • Untuk memasukkan dan menambah imej bagi dijadikan slide, klik butang +.
  • Pada tab Image Defaults, setkan masa penayangan imej dengan menaipkan masa yang dikehendaki pada ruang Display for: dan juga masa transition pertukaran imej pada ruang Transition: .
  • Selain itu pengguna juga boleh menset masa secara individu bagi setiap imej melalui setting yang ada pada tab Selected Image.
  • Pada tab Slideshow, membolehkan pengguna menentukan Style penayangan imej samada Tile, Zoom Center dan lainnya.
  • Pada kotak Name, taipkan nama fail untuk slide yang dibuat dan klik butang Enter bagi menyimpannya.
Untuk menggunakan fail slide berkenaan sebagai latarbelakang desktop, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  • Buka alatan Appearance Preferance melalui menu Sysetm > Preferences > Appearance.


  • Ataupun dengan menklik kanan tetikus diruang kosong desktop dan pilih Change Desktop Background.


  • Setelah tetingkap Appearance Preferance dipaparkan (seperti contoh imej di bawah), pilih fail/imej yang telah dibuat melalui CreBS pada Tab Backgrounds.


Selamat mencuba dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan