Selasa, Februari 01, 2011

Apadia Ubuntu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ubuntu |oǒ'boǒntoō| adalah perkataan kuno bahasa Afrika yang dimaksudkan ‘rasa perikemanusiaan terhadap sesama insan’ (humanity to others), juga diertikan 'aku adalah aku kerana adanya kita semua' (I am what I am because of who we all are).

Ianya dijadikan jenama bagi sebuah sistem pengoperasian komputer berasaskan Linux. Diasaskan oleh Mark Shuttleworth kelahiran Afrika Selatan; seorang jutawan pemilik Canonical Ltd yang daripadanya memberikan penajaan bagi sistem pengoperasian komputer percuma untuk diberikan dan digunakan oleh sesiapa sahaja.

Sistem pengoperasian Ubuntu terhasil berdasarkan falsafah bahwa setiap perisian harus percuma serta dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dengan kebebasan untuk dipelajari dan diubahsuai mengikut kehendak keperluan penggunanya.

Keadaan ini dikukuhkan lagi dengan janji pembangun Ubuntu;
  • Ubuntu akan sentiasa percuma untuk versi rilis penuh dan pengemaskinian keselamatan serta kesetabilan
  • Ubuntu dilengkapi dengan sokongan komersil oleh Canonical Ltd dan beratus lagi syarikat seluruh dunia.
  • Ubuntu mengandungi translasi dan kemudahgunaan infrastruktur aksesibiliti terbaik yang mampu ditawarkan oleh komuniti perisian percuma.
  • Ubuntu dilengkapi dengan perisian percuma dan menggalakkan pengguna untuk menggunakannya disamping memperkenalkan lagi perisian percuma kepada umum.
Perihal falsafah dan kebebasan inilah yang membuatkan Ubuntu berbeza dan menjadi pesaing utama kepada sistem pengoperasian komersial.

0 ulasan:

Catat Ulasan