Rabu, Jun 02, 2010

Mirror Site Bagi GetDeb

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

GetDeb adalah merupakan satu kemudahan seumpama portal perisian/aplikasi bagi pengguna Ubuntu dalam memasang dan mengemaskini aplikasi yang disenaraikan padanya.

Akan tetapi sejak kebelakangan ini, tapak web GetDeb menghadapi masalah dan tidak stabil, yang menyebabkan pengemaskinian tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, apabila melakukan pengemaskinian secara manual samada melalui Update Manager mahupun Terminal akan menjadi lembab/perlahan atas sebab sumbar repository GetDeb (http://archive.getdeb.net/ubuntu lucid-getdeb apps) yang dimuatkan dalam fail sources.list tidak dapat diakses, yang akhirnya akan berlaku error dalam pengemaskinian tersebut.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, pengguna boleh menggunakan mirror site getdeb "deb http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps" dan "deb-src http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps"untuk dimuatkan dalam senarai Other Software pada alatan Software Sources.

Caranya;
  1. Buka Software Sources daripada menu System > Administrations > Software Sources.


  2. Pada Tab Other Software, terlebih dahulu jangan ditandakan check box getdeb (http://archive.getdeb.net/ubuntu lucid-getdeb apps) bagi tujuan mengeluarkannya dari senarai, atau biskita juga boleh membuangnya dengan menklik butang Remove. Selepas itu, klik butang Add dan masukkan repository getdeb (mirror site) di bawah pada kotak APT line, kemudian klik butang Add Source.
  3. deb http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps

    deb-src http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps


  4. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).


Selain cara di atas, biskita juga boleh melakukannya melalui Terminal sepertimana langkah di bawah:-
  1. Buka Terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.


  2. Taipkan arahan di bawah untuk membuka dan mengedit fail sources.list
  3. sudo gedit /etc/apt/sources.list
  4. Dalam fail source.list berkenaan cari deb http://archive.getdeb.net/ubuntu lucid-getdeb apps, kemudian tandakan dengan # dipermulaanya (# deb http://archive.getdeb.net/ubuntu lucid-getdeb apps) bagi tujuan mengeluarkannya dari senarai, atau biskita boleh membuang/memadamkannya terus dari fail sources.list tersebut. Selepas itu, taipkan arahan di bawah untuk memasukkan repository GetDeb (mirror site).
  5. deb http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps

    deb-src http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps
  6. setelah selesai, tutup fail source.list dan lakukan pengemaskinian dengan menaipkan arahan di bawah dalam Terminal.
  7. sudo apt-get update

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum.

Adakak terdapat Ubuntu repository di Brunei (local network)? Inda jua aku tahan memakai Ubuntu kalau update nya telampau perlahan (10~20kB/s).

Yang paling penting memakai Linux ane adalah speed untuk update dan install barang2.

So, ada tips2 untuk mempercepatkan speed ane?

Terima kasih.

Catat Ulasan