Selasa, Jun 01, 2010

Memasang Sun Java Runtime Environment (JRE) Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Java adalah bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan Sun Microsystems bermula pada awal tahun 1995. Ianya banyak digunakan untuk mendasari teknologi bagi menambah/memberikan keupayaan dan kemampuan program-program terkini termasuk utiliti, permainan, dan bermacam lagi. Selain itu penggunaanya di laman-laman web juga sudah menjadi lumrah dan kebiasaan.

Pengguna tidak akan dapat menjalankan aplikasi berkenaan dan juga tidak dapat melayari sesebuah laman web yang menggunakan/mempunyai fungsi Java dengan sempurna, tanpa memasang Java Runtime Enviroment (JRE) terlebih dahulu. Untuk tujuan tersebut dan bagi yang berhajat memasangnya ke dalam Ubuntu 10.04, sila ikuti langkah di bawah;
  1. Pastikan terlebih dahulu biskita telah mentik check box partner repository "deb http://archive.canonical.com/ lucid partner" yang terdapat dalam senarai Other Software pada alatan Software Sources. Caranya;

    • Buka Software Sources daripada menu Applications > Administrations > Software Sources.


    • Pada tab Other Software (contoh gambar bawah), tik check box bagi deb http://archive.canonical.com/ lucid partner. Setelah itu, tutup tetingkap Software Sources.


    • Apabila dipaparkan tetingkap The information about available software is out-of-date, klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian.


  2. Buka Terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.


  3. Taipkan arahan di bawah bagi memasang pakej Sun Java;
    sudo apt-get install sun-java6-jre sun-java6-plugin sun-java6-fonts
    Apapila dipaparkan skrin yang mengandungi lesen Sun Operating System Distributor bagi Java, tekan Enter untuk meneruskan. Selepas itu, akan terpapar satu dialog meminta biskita bersetuju dengan syarat-syarat lesen DLJ, pilih Yes bagi meneruskannya.

    Setelah selesai dan bagi memastikan Java berfungsi dengan sempurna, biskita bolehlah mencubanya dengan melayari http://www.java.com/en/download/help/testvm.xml

Selain cara di atas, biskita juga boleh melaksanakan keseluruhan proses pemasangannya melalui Terminal (Applications > Accessories > Terminal); Untuk tujuan tersebut, sila taipkan arahan di bawah dalam Terminal.
sudo add-apt-repository "deb http://archive.canonical.com/ lucid partner"

sudo apt-get update

sudo apt-get install sun-java6-jre sun-java6-plugin sun-java6-fonts

0 ulasan:

Catat Ulasan