Isnin, Mei 31, 2010

Jaket Rasmi Kumpulan Pengguna Ubuntu Linux Brunei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak pengurusan Ubuntu Brunei telah menghasilkan jaket rasmi Komuniti Kumpulan Penyokong dan Pengguna Ubuntu Linux Brunei sepertimana contoh lakaran di bawah. Ianya dalam proses pembuatan dan akan disiapkan oleh pengilang pada minggu hadapan. Pembuatan jaket berkenaan juga adalah bersempena ulang tahun pertama Ubuntu Brunei pada bulan Jun 2010 ini. Memandangkan kos pembuatannya adalah masih dikategorikan mahal dan tertakluk kepada kuantiti/jumlah tempahan, maka ketika ini ianya hanya ditempah untuk kegunaan pihak pengurusan sahaja. Walau macamana pun bagi yang berhajat untuk mendapatkannya Insya Allah pihak kami akan membukakan tempahan di masa akan datang.

4 ulasan:

ndai berkata...

Well Done :) Happy 1st Anniversary..Keep it Up...

JeyMan berkata...

Tahniah dan selamat menyambut ulang tahun pertama.

Moszer berkata...

rugged!..kompom bebaris ku membali..

Digital Ink berkata...

Kalau ada mau jua ku membali tu tangahnya

Catat Ulasan