Isnin, Mei 17, 2010

Memasang Compiz Fusion Plugins Extra

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada entri kali ini dikongsikan cara untuk memasang Compiz Fusion Plugins Extra ke dalam CompizConfig Setting Manager (CCSM). Padanya terdapat efek seperti 3D Windows, Cube Reflection, Animations Add-On dan bermacam lagi. Plugin berkenaan sangat-sangat diperlukan oleh kebanyakkan pengguna bagi memberikan efek 3D mahupun animasi pada Ubuntu melalui CompizConfig Setting Manager.

Sebelum biskita memasang dan mengguna plugin berkenaan, CompizConfig Setting Manager hendaklah terlebih dahulu dipasang ke dalam Ubuntu. Biskita boleh memasangnya samada melalui Ubuntu Software Center ataupun Terminal. Jika biskita memasangnya melalui Terminal, sila taipkan arahan di bawah;
sudo apt-get install compizconfig-settings-manager
Pada versi Ubuntu sebelum ini, Compiz Fusion Plugins Extra berkenaan akan terpasang secara lalai (default) dalam CompizConfig Setting Manager. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku apabila ianya dipasang dalam Ubuntu 10.04 (LTS) Lucid Lynx. Untuk tujuan pemasangannya, sila ikuti langkah di bawah;
  1. Buka Synaptic Package Manager (System > Administration > Synaptic Package Manager).




  2. Pada kotak Quick Search taipkan compiz-fusion-plugins-extra. Apabila disenaraikan pakej berkenaan, klik check box yang ada dan pilih Mark for Installation.



  3. Tekan butang Apply yang terletak di ruangan shortcut/button bar Synaptic Package Manager bagi meneruskan pemasangannya.


  4. Setelah selesai, tutup Synaptic Package Manager.
Memasang Compiz Fusion Plugins Extra melalui Terminal:
  1. Buka terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.




  2. Taipkan atau salin dan tampal (copy and paste) arahan di bawah bagi pemasangan Compiz Fusion Plugins Extra.
  3. sudo apt-get install compiz-fusion-plugins-extra
    Setelah selesai, tutup Terminal.

0 ulasan:

Catat Ulasan