
Banyak perubahan, pembaharuan dan penambahbaikkan pada versi terbaharu kali ini berbanding dengan versi sebelumnya. Contoh-contoh paparan Ubuntu 10.04 boleh biskita saksikan di laman web Debian Admin. Percuma, kebebasan, kestabilan dan kecepatannya adalah hal yang tidak perlu dipertikaikan. Hakikatnya sekarang, Ubuntu juga sofwer-sofwer sumbar terbuka lainnya adalah semakin mantap malah lebih baik daripada yang berbayar.
Kepada pengguna sistem pengoperasian berbayar terutama Window$, kenapa perlu lagi mengeluarkan belanja untuk terus menggunakannya? Ubuntu adalah sesuatu yang perlu diguna dan diterokai. Ianya PERCUMA, mudah dan mesra pengguna.
Ubuntu 10.04 Lucid Lynx bukan sahaja sebagai sistem pengoperasian komputer percuma malahan padanya disertakan pelbagai aplikasi percuma sumbar terbuka. Di samping itu, tersedia ratusan senarai aplikasi alternatif percuma lain bagi menggantikan perisian berbayar yang sedia ada; Melalui Ubuntu Software Center, biskita hanya perlu menekan butang Install sahaja dan secara automatik perisian-perisian yang dikehendaki akan dipasang pada komputer biskita. Sila rujuk di http://www.ubuntu.com/products/whatisubuntu/1004features untuk mengetahui ringkasan ciri-ciri kelebihan yang ada pada Ubuntu 10.04.
- Untuk memuat turun Ubuntu 10.04 Lucid Lynx sila layari http://www.ubuntu.com/getubuntu/download.
- Untuk menaik taraf Ubuntu 9.10 ke versi Ubuntu 10.04 Lucid Lynx, sila layari http://www.ubuntu.com/getubuntu/upgrading.
- Untuk mendapatkan CD percuma Ubuntu 10.04 Lucid Lynx sila berurusan di https://shipit.ubuntu.com/.
0 ulasan:
Catat Ulasan