Khamis, Mei 27, 2010

Ubuntu Control Center

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ubuntu Control Center (UCC) adalah sebuah aplikasi yang diinspirasikan oleh Mandriva Control Center. Ianya bertujuan untuk memusatkan/mengumpulkan alatan konfigurasi yang sedia ada disertakan pada Ubuntu mengikut kategori yang ditentukan. Selain itu padanya juga dimuatkan aplikasi seperti Hardinfo, Boot-up Manager, GUFW dan Font-Manager.

Untuk memasangnya ke dalam Ubuntu 10.04 Lucid Lynx, sila ikuti langkah di bawah;
  1. Terlebih dahulu biskita dikehendaki memasang Font Manager sebelum memasang Ubuntu Control Center. Ini diperlukan atas sebab pakej Ubuntu Control Center tidak boleh dipasang tanpanya dan munkin disebabkan Font Manager berkenaan adalah antara alatan/aplikasi lalai (default) yang dimuatkan dalam Ubuntu Control Center tetapi perlu dipasang secara berasingan.

    Font Manager merupakan aplikasi mudah dan ringkas sesuai bagi keperluan untuk pengurusan fon-fon yang dipasang dalam sistem Ubuntu. Untuk tujuan pemasangannya sila ikuti langkah di bawah;

    • Muat turun pakej Font Manager - font-manager_0.5.3_i386.deb di http://code.google.com/p/font-manager/downloads/list.

    • Setelah selesai dimuat turun, dwi-klik (double click) pakej/fail tersebut untuk memasangnya melalui Package Installer. Tutup tetingkap Package Installer apabila selesai.




      Font Manager disenaraikan pada menu Applications > Graphics > Font Manager. Selain itu, ianya juga akan dimuatkan dalam Ubuntu Control Center pada kategori System - Add and Remove Fonts.



  2. Memuat turun pakej Ubuntu Control Center - ucc_i386.deb di http://code.google.com/p/ucc/downloads/list.

  3. Dwi-klik (double click) pakej/fail Ubuntu Control Center yang telah dimuat turun tersebut untuk tujuan pemasangannya melalui Package Installer.

  4. Klik butang Install Package yang terdapat pada paparan tetingkap Package Installer bagi meneruskan pemasangannya. Setelah selesai, tutup tetingkap Package Installer.



  5. Ubuntu Control Center boleh dibuka melalui menu Applications > System Tools > UCC.


0 ulasan:

Catat Ulasan