Isnin, Mei 10, 2010

Perkara Asas Yang Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 10.04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada entri kali ini dikongsikan beberapa perkara asas yang perlu dilakukan setelah selesainya pemasangan Ubuntu 10.04 (LTS) Lucid Lynx. Untuk tujuan tersebut biskita bolehlah mengikuti langkah-langkah di bawah;

1. Memasang pemandu perkakasan (Hardware Drivers) bagi pemandu proprietari (Proprietary Drivers) yang tidak mempunyai kod sumbar umum bagi diubahsuai secara bebas oleh pembangun Ubuntu. Secara ringkasnya pemandu proprietari ini tidak disediakan oleh Ubuntu dan ianya perlu dimuat turun bagi dipasang ke dalam sistem Ubuntu.

Ubuntu akan mengesan secara automatik jenis-jenis pemandu proprietari berkenaan dan menyenaraikannya dalam alatan Hardware Drivers. Tetingkap alatan Hardware Drivers akan dipaparkan secara automatik bagi tujuan memasang/mengaktifkannya.

Selain itu, alatan berkenaan juga boleh dibuka melalui menu System > Administration > Hardware Drivers.

Apabila dipaparkan tetingkap alatan Hardware Drivers (contoh gambar bawah), biskita bolehlah meneruskan dengan menekan butang Activate.


Setelah itu, Ubuntu akan memuat turun dan memasang pemandu (Driver) berkenaan sehingga selesai.


2. Membuat konfigurasi dan penetapan dalam Software Sources. Caranya, daripada menu System buka Software Sources (System > Administration > Software Sources).


Pada tab Ubuntu Software (contoh gambar atas) tik kesemua check box yang ada pada ruang Downloadable from the internet, kecuali Source code (hanya diperlukan bagi programmer). Kemudian pada kotak Download from: pilih sahaja Main Server, atau biskita boleh memilih Other untuk membuat pilihan Best Server.

Pada tab Other Software (contoh gambar bawah), tik kesemua check box yang ada. Setelah selesai tutup tetingkap Software Sources.


Apabila dipaparkan tetingkap The information about available software is out-of-date (contoh gambar bawah), klik butang Reload.


3. Mengemaskini (Update) sistem Ubuntu melalui Update Manager (System > Administration > Update Manager).


Apabila dipaparkan tetingkap Update Manager (contoh gambar atas), klik butang Install Updates bagi mengemaskini dan memasang sofwer-sofwer yang disenaraikan.

4. Menkonfigurasi Firewall. Walaupun Ubuntu adalah immune daripada Virus, pengguna perlu melindungi komputer mereka dengan Firewall bagi mengelak dari sebarang pencerobohan. Secara lalai (default), UFW (Uncomplicated Firewall) telah pun terpasang dalam Ubuntu, tetapi untuk kemudahan konfigurasi secara GUI (Graphic User Interface), pemasangan GUFW (http://gufw.tuxfamily.org/) adalah sangat-sangat membantu. Untuk tujuan pemasangannya sila taipkan arahan di bawah melalui Terminal (Applications > Accessories > Terminal);
  • sudo apt-get install gufw
Setelah selesai pemasangan GUFW, ianya boleh dibuka daripada menu System > Administration > Firewall Configuration.



Keterangan lanjut mengenai cara penggunaan GUFW boleh dirujuk di https://help.ubuntu.com/community/Gufw

5. Memasang Ubuntu-Restricted-Extras; Dengan Ubuntu-Restricted-Extras akan membolehkan pengguna mendengar MP3, melihat atau memainkan video mahupun DVD dan seumpamanya. Dalam pakej tersebut juga dimuatkan beberapa Codec lain untuk audio/video, Flash serta Microsoft core fonts. Untuk memasangnya buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal) dan taipkan arahan di bawah;
  • sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
6. Memasang Ubuntu Tweak. Ubuntu Tweak adalah sebuah aplikasi yang dengannya mepermudahkan pengguna untuk menkonfigurasi sistem Ubuntu yang digunakan.


Untuk memasangnya, buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal) dan taipkan arahan di bawah;
  • sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get install ubuntu-tweak
Setelah Ubuntu selesai melakukan pemasangan Ubuntu Tweak, biskita boleh membukanya melalui menu Applications > System Tools > Ubuntu Tweaks.

7. Memasang sofwer yang biskita perlukan. Untuk tujuan tersebut, biskita bolehlah menggunakan Ubuntu Software Center (Applications > Ubuntu Software Center) bagi mencari dan memasang sofwer yang dikehendaki. Kesemua sofwer yang tersenarai padanya adalah sumbar terbuka dan PERCUMA.

0 ulasan:

Catat Ulasan