Sabtu, Mei 15, 2010

Memasang Aplikasi Zekr Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Zekr adalah merupakan aplikasi yang dengannya memudah dan membantu dalam menggunakan Al Quran secara digital. Selain mengandungi ayat-ayat suci Al Quran, ianya juga disertakan terjemahan. Di samping itu terdapat beberapa pilihan bacaan Qari untuk diperdengar oleh pengguna mengikut surah/ayat yang dikehendaki. Zekr bukan hanya dapat dipasang dan digunakan dalam Ubuntu malahan ianya juga direka untuk digunakan pada Windows dan Macintosh. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Zekr, sila layari http://zekr.org/quran/quran-for-linux.

Cara memasang Zekr dalam Ubuntu;
  1. Buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), salin dan tampal (copy and paste) arahan di bawah bagi menambah public key mahupun kunci pengesahan pada repository untuk Zekr. Setelah selesai tutup terminal.
  2. sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys EF400C7C
  3. Buka Software Sources (System > Administration > Software Sources). Pada tab Other Software klik butang Add dan masukkan arahan di bawah (mengikut versi Ubuntu yang digunakan) pada kotak APT line:, kemudian klik butang Add Source.

  4. Ubuntu 10.04 (LTS) Lucid Lynx:
    deb http://ppa.launchpad.net/zekr/ubuntu lucid main
    Ubuntu 9.10 Karmic Koala:
    deb http://ppa.launchpad.net/zekr/ubuntu karmic main


  5. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).


  6. Buka terminal, salin dan tampal arahan di bawah untuk pemasangan/instalasi Zekr.
  7. sudo apt-get install zekr ttf-me-quran ttf-sil-scheherazade

    sudo apt-get install ttf-farsiweb

    sudo apt-get install flashplugin-nonfree
    Setelah selesai, aplikasi Zekr boleh dibuka melalui menu Applications > Islamic Software > Zekr.

    Nota: Untuk mendengarkan bacaan Qari dalam Zekr, komputer biskita hendaklah dihubungkan ke internet.

Cara memasang fail terjemahan dalam Zekr;

Ada terdapat banyak pilihan fail terjemahan yang disediakan dan biskita hendaklah memuat turun terlebih dahulu fail yang dikehendaki di http://zekr.org/resources.html sebelum memasangnya ke dalam Zekr. Selepas itu, ikuti langkah sepertimana di bawah;
  • Buka Zekr daripada menu Applications > Islamic Software > Zekr

  • Daripada menu Tools pilih Add dan seterusnya pilih Translation...


  • Apabila dipaparkan tetingkap Open, cari dan pilih fail terjemahan yang telah dimuat turun kemudian klik butang OK bagi meneruskan pemasangannya. Ikuti arahan yang dipaparkan sehingga selesai (contoh gambar bawah).






  • Untuk memilih dan mengaktifkan terjemahan yang telah dipasang, ianya boleh dilakukan melalui menu View > Translation.

Cara memasang fail audio Qari dalam Zekr;

Pada ketika ini, hanya terdapat empat fail audio bacaan qari yang disediakan bagi kegunaan secara luar talian (offline). Biskita hendaklah memuat turun terlebih dahulu fail yang dikehendaki di http://zekr.org/resources.html sebelum memasangnya ke dalam Zekr. Selepas itu, ikuti langkah sepertimana di bawah;
  • Buka Zekr daripada menu Applications > Islamic Software > Zekr

  • Daripada menu Tools pilih Add dan seterusnya pilih Recitation (*.recit.zip)...


  • Apabila dipaparkan tetingkap Open, cari dan pilih fail audio yang telah dimuat turun kemudian klik butang OK bagi meneruskan pemasangannya. Ikuti arahan yang dipaparkan sehingga selesai (contoh gambar bawah).






  • Untuk memilih dan mengaktifkan audio yang telah dipasang, ianya boleh dilakukan melalui menu Audio > Recitation.
Keterangan lanjut mengenai Zekr dan cara pemasangannya boleh dirujuk di http://zekr.org/wiki/Main_Page.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya. saya guna ubuntu lucid 10.04. saya menghadapi masalah tentang Zekr. Saya sudah menginstall Zekr ke dalam laptop saya. namun setelah saya klik pada icon Zekr, tidak ada apa-apa yang terjadi. Bagaimana ya?

Catat Ulasan