Ahad, Mei 23, 2010

Gunakan Granola Sempena Sambutan Hari Tenaga 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena dengan Sambutan Hari Tenaga 2010 Negara Brunei Darussalam, yang akan dilangsungkan pada 24 Mei 2010 dan sebagai sokongan kepada sambutan berkenaan, dikongsikan sebuah aplikasi untuk dipasang ke komputer setiap pengguna di Brunei samada yang menggunakan sistem pengoperasian Ubuntu mahupun Window$ iaitu Granola.

Granola merupakan sebuah aplikasi bagi pengurusan kuasa tenaga komputer samada komputer pelayan (server), komputer meja (desktop) mahupun komputer riba (laptop). Dengannya akan mengoptimumkan tenaga dan membolehkan sesebuah komputer itu mengguna tenaga dengan lebih efisien lagi menjimatkan.

Granola mengurus tenaga secara automatik dengan memadankan dan mensesuaikan jumlah tenaga yang diperlukan bagi sesebuah komputer. Lazimnya Granola akan merendahkan penggunaan tenaga keseluruhan 10% ~ 30% walaupun sesebuah komputer itu digunakan sepenuhnya 100% dengan tanpa mengurangkan prestasi komputer berkenaan.

Oleh itu, dengan adanya Granola ini, dicadang dan disarankan ianya dipasang ke dalam komputer pengguna-pengguna di Brunei sebagai sokongan kepada Sambutan Hari Tenaga 2010 ini.

Cara memasang Granola dalam Ubuntu 10.04 Lucid Lynx:-
  1. Buka Terminal daripada menu Applications > Terminal;


  2. Salin dan tampal (copy and paste) arahan di bawah ke dalam Terminal;
    sudo apt-get install apt-transport-https
  3. klik di sini bagi memuat turun pakej (fail .deb) miserware-repo. Setelah selesai fail berkenaan dimuat turun, dwi-klik (double click) fail tersebut untuk tujuan pemasangannya melalui Package Installer.


  4. Apabila dipaparkan tetingkap Package Installer, klik butang Install Package untuk meneruskan pemasangan Miserware Repo. Tutup tetingkap Package Installer apabila Ubuntu selesai memasangannya.




  5. Melalui Terminal, salin dan tampal arahan di bawah bagi meneruskan proses pemasangan seterusnya;
  6. sudo apt-get update

    apt-cache search MiserWare

    sudo apt-get install granola-gui
    Setelah selesai, Granola boleh dibuka daripada menu Applications > Accessories > Granola.


Mengemaskini MiserWare Software Repository

Selepas pemasangan Granola selesai, biskita perlu meningkat taraf MiserWare Software Repository (miserware-repo) yang telah dipasang kepada versi terkini. Untuk tujuan berkenaan sila ikuti langkah di bawah;
  1. Buka Update Manager daripada menu System > Administration > Update Manager;


    1. Pada tetingkap Update Manager, klik butang Check bagi mengemaskini dan memeriksa pakej yang perlu ditingkat taraf;


    2. Apabila tersenarai pakej miserware-repo pada ruangan Other Updates, klik butang Install Updates. Setelah selesai Ubuntu melaksanakan pemasangannya, tutup tetingkap Update Manager.




    Selain cara di atas, biskita juga boleh meningkat taraf melalui Terminal, Untuk tujuan tersebut sila taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah dalam Terminal.
    sudo apt-get update

    sudo apt-get upgrade miserware-repo

    Bagi keterangan lanjut cara pemasangan dan penggunaan Granola, biskita bolehlah merujuk dokumentasi Granola yang disediakan di sini.

    Untuk pemasangan Granola ke dalam Window$, sila ikuti arahan di http://grano.la/help/?os=windows.

0 ulasan:

Catat Ulasan