Sabtu, April 24, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Release Candidate)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam 22 April 2010 (23 April 2010 - Brunei) pasukan pembangun Ubuntu telah pun mengeluarkan versi Release Candidate (RC) bagi sistem pengoperasian komputer Ubuntu 10.04 Lucid Lynx. Tidak banyak yang dibicarakan pada keluaran RC ini, kerana segala pembaharuan mahupun ciri baru bagi dimuatkan dalam rilis akhir Ubuntu 10.04 telah pun disentuh pada rencana sebelum ini. Ubuntu 10.04 Lucid Lynx RC disokong dan dikuasakan oleh Kernal Linux 2.6.31.11 dan ianya cukup stabil serta boleh digunakan sebagai sistem pengoperasian sehari-hari.

Pada 29 April 2010 akan datang, rilis akhir bagi Ubuntu 10.04 Lucid Lynx akan dilancarkan. Ianya adalah merupakan keluaran kedua belas bagi sistem pengoperasian komputer Ubuntu. Sesiapa sahaja boleh mendapatkannya secara PERCUMA samada memuat turunnya di http://www.ubuntu.com/getubuntu/ mahupun membuat tempahan melalui https://shipit.ubuntu.com/

Sumbar diperolehi dari review yang dibuat oleh Softpedia.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 10.04:
  • 10 Disember 2009 - Alpha 1 release
  • 14 January 2010 - Alpha 2 release
  • 25 February 2010 - Alpha 3 release
  • 18 Mac 2010 - Beta Release 1
  • 8 April 2010 - Beta Release 2
  • 22 April 2010 - Release Candidate
  • 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)

0 ulasan:

Catat Ulasan