Isnin, April 05, 2010

Jadual Gerakkan Pelancaran Ubuntu 10.10 Maveric Meerkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memang tidak dinafikan Ubuntu adalah sebuah sistem pengoperasian komputer yang hebat dan semakin terkenal serta menjadi pesaing utama kepada sistem pengoperasian komputer berbayar Window$. Setiap enam bulan, Ubuntu akan merilis versi terbaharunya bagi digunakan secara percuma oleh sesiapa sahaja. Pada 29 April 2010 yang akan datang ini, Ubuntu akan melancarkan dan merilis versi sistem pengoperasiannya yang ke 12 iaitu Ubuntu 10.04 Lucyid Lynx. Selepas itu, pada bulan Oktober 2010 pula akan dilancarkan Ubuntu 10.10 dengan kod nama Maveric Meerkat. Di bawah adalah jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 10.10;
  • 3 Jun 2010 - Alpha 1 release
  • 1 Julai 2010 - Alpha 2 release
  • 12 Ogos 2010 - Alpha 3 release
  • 2 September 2010 - Alpha 3 Release
  • 23 September 2010 - Beta Release
  • 21 Oktober 2010 - Release Candidate
  • 28 Oktober 2010 - Final release of Ubuntu 10.10
Untuk mengetahui lebih detil akan jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 10.10 Maveric Meerkat, sila lawati https://wiki.ubuntu.com/MaverickReleaseSchedule.

0 ulasan:

Catat Ulasan