Sabtu, April 10, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Beta 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam 8 April 2010 (9 April 2010 - Brunei) pasukan pembangun Ubuntu telah pun merilis Ubuntu 10.04 Lucyd Lynx Beta 2. Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat pada rilis Beta 2 bagi Ubuntu 10.04 ini, adalah;
  1. Ianya disokong oleh kernal linux 2.6.32.9
  2. Banyak pembaharuan dan perubahan telah dilakukan pada persekitaran meja komputer (desktop) yang membuatkan Ubuntu 10.04 kelihatan sangat menarik dan modern.
  3. Telah dilakukan pengubahsuaian yang menarik pada slideshow Ubiquity Installer, iaitu paparan slideshow semasa proses pemasangan Ubuntu 10.04.
  4. Sebelum ini, pihak pembangun Ubuntu 10.04 memaklumkan untuk menggunakan enjin pencarian Yahoo sebagai default bagi pelayar web Firefox yang digunakan. Tetapi semalam mereka mengumumkan untuk akan terus menggunakan Google bagi keluaran Ubuntu 10.04 ini.
Sumbar diperolehi dari review yang dibuat oleh Softpedia.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 10.04:
  • 10 Disember 2009 - Alpha 1 release
  • 14 January 2010 - Alpha 2 release
  • 25 February 2010 - Alpha 3 release
  • 18 Mac 2010 - Beta Release 1
  • 8 April 2010 - Beta Release 2
  • 22 April 2010 - Release Candidate
  • 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)

0 ulasan:

Catat Ulasan