Rabu, Februari 09, 2011

Mengenali Versi Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu memang unik sehinggakan setiap versi/siri keluaran Ubuntu mempunyai maksudnya tersendiri. Angka-angka versi berkenaan membawa makna bulan dan tahun ianya dirilis/dikeluarkan. Contohnya Ubuntu 10.04 bermaksud ianya dirilis pada bulan April tahun 2010 (10=2010, 04=April). Selain menggunakan nombor versi, ianya juga akan menggunakan kod nama yang unik. Contohnya versi 10.04 yang dilancarkan pada bulan April 2010, diberikan kod nama Lucid Lynx. Kebiasaannya kod nama yang digunakan adalah bersempena dengan nama-nama binatang.

Senarai versi Ubuntu yang telah dan akan dirilis:
  1. 4.10 Warty Warthog - dirilis pada Oktober 2004 (Tempoh sokongan telah mansuh pada April 2006)
  2. 5.04 Hoary Hedgehog - dirilis pada April 2005 (Tempoh sokongan telah mansuh pada Oktober 2006)
  3. 5.10 Breezy Badger - dirilis pada Oktober 2005 (Tempoh sokongan telah mansuh pada April 2007)
  4. 6.06 Dapper Drake (LTS) - dirilis pada June 2006 (Tempoh sokongan telah mansuh pada Jun 2009)
  5. 6.10 Edgy Eft - dirilis pada Oktober 2006 (Tempoh sokongan telah mansuh pada April 2008)
  6. 7.04 Feisty Fawn - dirilis pada April 2007 (Tempoh sokongan telah mansuh pada Oktober 2008)
  7. 7.10 Gutsy Gibbon - dirilis pada Oktober 2007 (Tempoh sokongan telah mansuh pada April 2009)
  8. 8.04 Hardy Heron (LTS) - dirilis pada April 2008 - Disokongan sehingga pada April 2011
  9. 8.10 Intrepid Ibex - dirilis pada Oktober 2008 - (Tempoh sokongan telah mansuh pada April 2010)
  10. 9.04 Jaunty Jackalope - dirilis pada April 2009 - (Tempoh sokongan telah mansuh pada Oktober 2010)
  11. 9.10 Karmic Koala - dirilis pada Oktober 2009 - disokong sehingga April 2011.
  12. 10.04 Lucid Lynx (LTS) - dirilis pada April 2010 - disokong sehingga April 2013.
  13. 10.10 Maveric Meerkat - dirilis pada Oktober 2011 - disokong sehingga April 2013.
  14. 11.04 Natty Narwhal - Akan dirilis pada April 2011 - disokong sehingga Oktober 2013.
Daripada rilis versi Ubuntu di atas, akan dapat biskita perhatikan yang setiap enam bulan sekali pembangun Ubuntu mengeluarkan versi terbaharunya (setiap bulan April dan Oktober). Selain itu versi Ubuntu yang dirilis bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu versi LTS (Long Term Support) dan versi biasa. Versi LTS akan mendapat sokongan pengemaskinan (updates) keselamatan dan kesetabilan untuk tempoh 3 tahun (desktop/laptop) dan 5 tahun bagi komputer pelayan (server). Semantara rilis versi biasa akan mendapat sokongan selama 18 bulan.

Kebiasaannya versi Ubuntu LTS digunakan oleh sesebuah organisasi, pejabat, institusi pendidikan dan seumpamanya (penggunaan bersekala besar), juga pengguna yang tidak berkehendak untuk bertukar ataupun meningkat taraf ke versi biasa yang dirilis setiap enam bulan sekali. Keadaan ini akan membolehkan pengguna versi Ubuntu LTS untuk menggunakannya bagi tempoh 3 tahun ataupun 5 tahun; dan akan menaik taraf ke versi terbaharu LTS seterusnya selepas itu.

Versi bukan LTS pula (versi biasa), kebanyakannya digunakan oleh pengguna biasa mahupun end-user.

Walaupun pembangun Ubuntu akan merilis versi terkini setiap enam bulan sekali, pengguna tidak perlu tergesa-gesa menaik taraf Ubuntu yang sedang digunakan, kerana setiap versi biasa akan mendapat sokongan bagi tempoh 18 bulan. Bagi yang mementingkan kestabilan sistem, disarankan untuk menunggu seketika sehingga masalah bug yang mungkin ada diatasi terlebih dahulu sebelum meningkat taraf ke versi berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan