Khamis, Februari 17, 2011

Memasang LibreOffice Pada Ubuntu 10.04 & 10.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang sudah dimaklumi, pada 25 Januari lepas The Document Foundation telah melepaskan LibreOffice versi 3.3.0. Ianya akan menggantikan OpenOffice dalam Ubuntu bermula dikeluaran Ubuntu 11.04. Walau macamana pun pengguna Ubuntu 10.04 dan 10.10 boleh memasangnya samada dengan memuat turunnya di http://www.libreoffice.org/download/ ataupun melalui terminal sepertimana cara di bawah:

Buka Terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.

  1. Taipkan arahan sudo apt-get remove openoffice*.* Bertujuan untuk membuang OpenOffice yang terpasang dalam Ubuntu.

  2. Selepas itu taipkan arahan sudo add-apt-repository ppa:libreoffice/ppa bagi memasukkan repository LibreOffice pada Ubuntu.

  3. Taipkan arahan sudo apt-get update untuk pengemaskini.

  4. Taipkan arahan sudo apt-get install libreoffice bagi pemasangan LibreOffice.

  5. Untuk keserasian dengan persekitaran desktop GNOME pasangkan pakej libreoffice-gnome dengan menaipakn arahan sudo apt-get install libreoffice-gnome

  6. Akhir sekali pasangkan pakej language support dengan menaipkan arahan sudo apt-get install language-support-en Ini diperlukan kerana ketika pembuangan OpenOffice, pakej spell checker dan language support juga turut dibuang bersamanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

libre office tu boleh menaip jawi tak?.. from right to left diretion??... org baru nak cuba..

Newbie berkata...

Yes...memang boleh. Install Language Support "Arabic" pada Ubuntu terlebih dahulu.

Catat Ulasan