Selasa, Februari 15, 2011

Membaikpulih / Mengembalikan GRUB Dengan Rescatux

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rescatux adalah alatan untuk memulihkan GRUB (GRand Unified Bootloader) secara GUI (graphic user interface) yang berasaskan Linux-Debian. Dengannya membolehkan pengguna mengembalikan GRUB pada MBR (master boot record) mahupun mengemaskini konfigurasi GRUB dengan hanya beberapa klik.
Untuk menggunakan Rescatux, bakar fail .iso Rescatux ke dalam CD [atau menggunakan USB stick] kemudian boot komputer menggunakan live CD tersebut; Tetingkap pemulihan Grub akan dibuka dan dipaparkan secara automatik sepertimana contoh imej di bawah,



Pilih "grub-install" untuk mengembalikan Grub, dan selepas itu jalankan "update-grub".





Setelah selesai, restart komputer.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang Rescatux di http://www.supergrubdisk.org/.

1 ulasan:

NTSys berkata...

Video cara menggunakan Rescatux - http://www.bootproblems.com/2011/05/02/tutorial-fixing-the-boot-loader-with-rescatux/

Catat Ulasan