Sabtu, Februari 26, 2011

Alatan Untuk Memasang Perisian Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi pengguna baru Ubuntu yang sudah lama berpengalaman menggunakan Window$, pada peringkat awal akan merasa keliru dalam cara macamana memasang sesebuah perisian ke dalam Ubuntu. Insya Allah semakin terbiasa biskita menggunakannya, kekeliruan tersebut akan hilang dan pasti biskita akan mengakui bahawasanya pemasangan perisian dalam Ubuntu adalah jauh lebih mudah berbanding ketika menggunakan Window$.

Dalam Ubuntu, terdapat beberapa cara dan kaedah untuk memasang perisian. Antaranya melalui Ubuntu Software Center, Synaptic Package Manager dan juga melalui Terminal.

Bagi pengguna baru, disarankan untuk memasang perisian/aplikasi menggunakan Ubuntu Software Center. Ianya mudah dan mesra pengguna. Melaluinya memudahkan pengguna samada untuk mencari, memasang dan membuang perisian. Terdapat beribu perisian disenaraikan padanya untuk dipilih dan dipasang secara percuma. Biskita hanya perlu menaipkan nama perisian ataupun menklik perisian yang dikehendaki dan klik butang Install untuk memasangnya (atau butang Remove untuk membuang), kemudian sistem Ubuntu akan melakukan tugas selebihnya sehingga selesai.



Selain menggunakan Ubuntu Software Center, pengguna juga boleh menggunakan Synaptic Package Manager. Ianya satu alatan pengurusan pakej dalam Ubuntu. Melaluinya pengguna boleh mencari, memasang, membuang, mengkonfigurasi, atau meningkatkan pakej-pakej perisian. selain itu, melaluinya juga membolehkan pengguna meningkat/menaik taraf keseluruhan sistem Ubuntu. Menggunakan alatan ini perlu berhati-hati terutama apabila hendak membuang pakej yang ada, kerana jika tersalah/tersilap buang, akan menyebabkan kerosakan pada sistem Ubuntu.



Cara seterusnya adalah menggunakan Terminal. Ianya juga dikenal sebagai Command Prompt ataupun The Shell. Kebanyakan pengguna baru mungkin tidak menyukainya, namun terminal merupakan alatan yang paling berkuasa dalam mana-mana sistem Linux. Melaluinya juga dapat membantu untuk mempercepat melaksanakan beberapa tugasan berbanding secara GUI. Bagi setiap pengguna baru, perlu mengetahui dan mempelajari untuk menggunakannya. Kerana ada sebahagian perisian hanya dapat dipasang melalui terminal. Proses pemasangan perisian melalui terminal kebiasaannya menggunakan teks arahan seperti "sudo apt-get install", dan proses membuang pula ialah "sudo apt-get remove".



Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi, bagaimana untuk me-install usb modem? - newbie

NTSys berkata...

Tertakluk kpd jenis modem yg digunakan. Kebiasaannya plugin saja modem berkenaan then Ubuntu akan menguruskn semua.

Catat Ulasan