Khamis, Februari 24, 2011

Memasang Wine Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam penggunaan Ubuntu, memang tidak dinafikan masih terdapat pengguna yang berkehendak menjalankan perisian/aplikasi untuk Window$ di dalam Ubuntu.

Keadaan ini boleh dilakukan dengan penggunaan Wine. Walaupun tidak kesemua aplikasi Window$ dapat dipasang/dijalankan melaluinya, tetapi dari masa ke semasa ianya terus bertambah. Sila rujuk Wine Applications Database di http://appdb.winehq.org/ untuk mengetahui senarai aplikasi yang boleh dijalankan melalui Wine.

Memasang Wine Versi Stabil 1.2.2
  1. Buka Ubuntu Software Center daripada menu Applications.

  2. ->

  3. Pada kotak Search, taipkan Wine bagi menyenaraikan versi Wine yang ada. Pilih Wine Microsoft Windows Compatibility Layer kemudian klik butang Install.

    ->

    Nota: Apabila dipaparkan tetingkap Authenticate (seperti contoh imej di bawah), taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan pemasangan Wine.


    Setelah selasai pemasangannya dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup tetingkap Ubuntu Software Center.
Selain cara di atas, biskita juga boleh memasangnya melalui Terminal. Caranya;
  1. Buka terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal.

  2. ->

  3. Taipkan atau salin dan tampal (copy and paste) arahan di bawah ke dalam terminal.
    sudo apt-get install wine
    Nota: Apabila dipaparkan pada skrin terminal seumpama [sudo] password for your_username: taipkan kata laluan biskita sebagai pengesahan untuk meneruskan pemasangan Wine.

    Setelah selesai pemasangannya dilaksanakan oleh Ubuntu, tutup Terminal.

Memasang Wine versi Development Release melalui Terminal:

Wine versi Development Release merupakan versi Beta terkini. Walaupun pengguna disaran dan digalakkan untuk mengguna versi stabil 1.2.2, namun terdapat sebahagian pengguna yang memerlukan versi Development Release berkenaan. Untuk tujuan pemasangannya, buka Terminal dan taipkan arahan di bawah;
  • sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa

  • sudo apt-get update

  • sudo apt-get install wine1.3

Cara menggunakan Wine bagi pemasangan aplikasi Window$ ke dalam Ubuntu:

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menklik kanan tetikus (right click) pada nama fail installer aplikasi Window$ yang hendak dipasang berkenaan. Contohnya fail setup.exe, apabila terpapar context menu, pilih dan klik Open with Wine Windows Program Loader (sepertimana contoh imej bawah).


Setelah file berkenaan dibuka/dijalankan, biskita bolehlah meneruskannya sepertimana yang biasa dilakukan semasa memasang aplikasi dalam Window$, dengan mengikuti segalah arahan yang dipaparkan.

Aplikasi Window$ yang telah selesai dipasang ke dalam Ubuntu akan disenaraikan pada menu Applications > Wine > Programs (contoh sepertimana imej di bawah).



Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan