Khamis, Februari 10, 2011

Ubuntu Linux bukannya Micro$oft Wndow$

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perlu kepada setiap pengguna Window$ yang ingin menggunakan atau baru menggunakan Ubuntu menerima hakikat bahawasanya Ubuntu Linux bukannya Window$. Maknanya Ubuntu tidak semestinya akan berfungsi sepertimana Window$.

Seringkali dipertanyakan oleh pengguna yang baru mencuba Ubuntu yang seolah-olahnya ingin Ubuntu berfungsi seperti Window$. Adalah tidak munasabah menggunakan Ubuntu tetapi berkehendak ianya berfungsi sepertimana Window$. Begitulah juga sebaliknya jika menggunakan Window$, sudah pastilah ianya tidak akan berfungsi sepertimana Ubuntu.

Ubuntu adalah berbeza dengan Window$. Program untuk Ubuntu adalah tidak sama program pada Window$, cara instalasi program dalam ubuntu adalah berbeza dengan Window$, cara memasang pemacu (driver) perkakasan adalah tidak sama sepertimana Window$. Oleh itu, setiap pengguna perlu menerima realiti jika ia menggunakan Ubuntu, ianya adalah sedang menggunakan Ubuntu dan bukannya Window$. Apa-apa yang sudah terbiasa semasa menggunakan Window$ hendaklah jangan terbawa-bawa pada Ubuntu. Kita berada dalam sistem pengoperasian Ubuntu, dalam suasana serba baru dan berusahalah untuk mengelak dari terus terpengaruh suasana menggunakan Window$.

Dari pemerhatian saya, kebanyakkan pengguna yang bertukar arah menggunakan Ubuntu pada peringkat awal adalah terlalu sukar untuk melupakan Window$. Sehinggakan program-program yang digunakan dalam Window$ sebolehnya semuanya hendak dijalankan dalam Ubuntu. Walaupun ada alternatif penggunaan Wine, tetapi ianya tidaklah boleh dijadikan untuk jalan penyelasaian. Oleh itu adalah lebih baik untuk terus menggunakan program-program yang direka khusus untuk Ubuntu. Ada banyak program-program alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti program-program berbayar semasa menggunakan Window$.

0 ulasan:

Catat Ulasan